STOBAR (Short Take-Off But Arrested Recovery) adalah sebuah sistem yang digunakan untuk melancarkan dan mendaratkan pesawat di dek penerbangan sebuah kapal pengangkut pesawat, yang mana menggabungkan kedua-dua unsur pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) dengan pelepasan dan pendaratan terbantu manjanik (CATOBAR).

MiG-29K berlepas
Kapal pengangkut pesawat Cina Shandong dengan sebuah lompatan ski untuk STOBAR

Pesawat berlepas dengan menggunakan kuasanya sendiri menggunakan sebuah lompatan ski (bukannya menggunakan sebuah manjanik sepertimana kebanyakan kapal pengangkut pesawat). Sistem konvesional ini banyak menggunakan pesawat STOVL, dan memerlukan kabel penangkap untuk mendaratkannya di kapal. Sistem STOBAR adalah lebih ringkas untuk dibina berbanding CATOBAR — tetapi hanya boleh digunakan dengan pesawat yang memiliki kadar tujahan kepada berat yang tinggi. Setakat tahun 2015, ia biasanya hanya digunakan pada kapal pengangkut pesawat milik Rusia, India, dan China.

Kelebihan sunting

Berbanding dengan sistem CATOBAR, STOBAR lebih murah untuk dibangunkan. Ia lebih mudah untuk dioperasikan berbanding sebuah tatarajah CATOBAR yang mana memerlukan lebih ramai operator untuk melancarkan pesawat. Bahagian bergerak yang lebih rendah dalam struktur lompatan ski menjadikan kos penyelenggaraannya lebih murah.[1][2] Ia tidak memerlukan sistem tambahan untuk menghasilkan daya yang diperlukan untuk melancarkan pesawat sepertimana sistem CATOBAR di mana daya luar perlu dihasilkan samada daripada manjanik stim[3] atau Sistem Pelancaran Pesawat Elektromagnetik (EMALS)[4] untuk melancarkan pesawat.

Pengguna sunting

Setakat Mac 2024, tiga buah negara kini menggunakan kapal pengangkut pesawat dari jenis STOBAR; Rusia merupakan satu-satunya negara yang membina kapal STOBAR untuk dioperasikan, sementara India dan China membeli kapal-kapal STOBAR yang dibina oleh Rusia dan mengubahsuainya untuk kegunaan mereka. Bagaimanapun, kedua-dua India dan China kini sedang dalam proses membina kapal pengangkut pesawat STOBAR mereka sendiri.

Kapal pengangkut pesawat STOBAR aktif sunting

Kelas Imej Asal Jumlah kapal Pendorongan Sesaran Operator Pesawat yang dibawa Nota
Admiral Kuznetsov   Soviet Union 1 Turbin stim 58,000 tan Tentera Laut Rusia
1 Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
Kiev   Soviet Union 1 Turbin stim 45,500 tan Tentera Laut India Dibina sebagai pengangkut STOVL kemudian diubah menjadi STOBAR
Type 001A   China 1 Turbin stim 55,000 tan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat

Sedang menjalani ujian laut[5]

Rekabentuk jenis Kuznetsov yang diubahsuai
Sedang dibina
Vikrant   India 1 Turbin gas 40,000 tan Tentera Laut India

Rujukan sunting

  1. ^ "What are carriers ?".
  2. ^ "CHINA'S AIRCRAFT CARRIER AMBITIONS (page 20)".
  3. ^ "STEAM-POWERED CATAPULTS" (PDF).
  4. ^ "EMALS: Next Gen Catapult".
  5. ^ "China's first home-grown carrier begins maiden sea trial". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-12.

Pautan luar sunting