SUPERGOOD, SUPERBAD

SUPERGOOD, SUPERBAD merupakan album studio pertama penyanyi dari negara Jepun iaitu Yamashita Tomohisa. Album ini telah dilancarkan pada 26 Januari 2011 dan di Korea Selatan pada 2 Mac 2011 oleh label rakaman Johnny's Entertainment.[1] Selepas pelancarannya di Korea, Yamashita telah mengadakan konsert solonya secara rasmi di Seoul dan Busan untuk mempromosikan album tersebut.

SUPERGOOD, SUPERBAD
Album oleh Yamashita Tomohisa
Dikeluarkan pada26 Januari 2011
Dirakam pada2011
GenreJ-Pop
SyarikatJohnny's Entertainment
Single daripada album SUPERGOOD, SUPERBAD
  1. "Hadakanbo (はだかんぼー)"
    Dikeluarkan pada: 19 Januari 2011
  2. "One in a Million (ワンインアミリオン)"
    Dikeluarkan pada: 28 Julai 2010
  3. "Loveless (ラブレス)"
    Dikeluarkan pada: 18 November 2009
  4. "Daite Senorita (抱いてセニョリータ)"
    Dikeluarkan pada: 31 Mei 2006

MaklumatSunting

Album SUPERGOOD, SUPERBAD mengandungi dua buah cakera iaitu SUPERGOOD bagi cakera 1 dan cakera 2 pula ialah SUPERBAD. Dalam cakera 1, terdapat sebelas buah lagu termasuklah tiga buah single yang pernah dikeluarkan sebelum ini iaitu "Seishun Amigo" (2005), "Daite Senorita" (2006) dan "Hadakanbo" (2011) serta 1 runut bonus iaitu "Biru" (青 Ao). Bagi cakera 2 pula terdapat 14 buah lagu. Ini termasuklah dua buah single iaitu "Loveless" (2009) dan "One in a Million" (2010) serta 4 runut bonus iaitu "Touch You" (Menyentuhmu), "Tomo", "Friday Night" (Jumaat Malam) dan "MOLA" versi remix R-midwest. [2]

Selain itu, album ini juga dilancarkan dalam dua buah edisi iaitu edisi biasa dengan edisi terhad. Untuk edisi biasa, ia terdiri daripada kedua-dua buah cakera dengan 5 buah runut bonus dan buku kecil. Bagi edisi terhad, ia didatangkan dengan kedua-dua cakera tersebut tanpa runut bonus, DVD bonus, buku bergambar serta buku kecil yang mengandungi seni kata lagu. [2]

Senarai runutSunting

Edisi biasaSunting

Edisi terhadSunting

TriviaSunting

  • Kedudukan pertama dalam carta album mingguan Oricon (7 Februari 2011).
  • Tempat ke-12 dalam carta Oricon bulan Februari 2011.
  • Kedudukan ke-22 pada separuh pertama tahun 2011 (Oricon).

Sejarah pelancaranSunting

Negara Tarikh Format Label
  Jepun 26 Januari 2011[3] CD, DVD Johnny's Entertainment
  Korea Selatan 2 Mac 2011

RujukanSunting

  1. ^ (Korea) "'야마삐' 야마시타 토모히사, 첫 솔로 정규앨범 한국 발매 시작". 한국경제 연예. Dicapai pada 2 Mac 2011.
  2. ^ a b (Inggeris) "Supergood, Superbad". Generasia. Dicapai pada 30 Mei 2012.
  3. ^ (Jepun) "SUPERGOOD, SUPERBAD". Johnny's net. Dicapai pada 30 Mei 2012.