Sa Balik Baju ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 karya Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram dan Rafidah Abdullah terbitan Red Communications. Dibintangi oleh Mira Filzah, Juliana Evans, Kaka Azraff, Nadiya Nisaa, Sarancak dan Elena Moujing, ia berkisarkan tentang enam wanita yang menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet. Filem ini ditayangkan pada 21 Oktober 2021 di Netflix.[1]

Sa Balik Baju
Pengarah
  • Junad Nor
  • Sarah Lois
  • Umie Omar
  • Afiza Asram
Penulis
  • Junad Nor
  • Sarah Lois
  • Rafidah Abdullah
  • Afiza Asram
Dihasilkan olehLina Tan
Dibintangi
SinematografiFabian Joseph
Disunting olehFarra Aizurin Zulkarnain
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
21 Oktober 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Kisah 1: Hak Peribody sunting

Ditulis dan diarahkan oleh Junad Nor, "Hak Peribody" berkisarkan tentang Dahlia (Nadiya Nisaa), seorang penulis terasa kehilangan apabila syarikat majalah perempuan yang beliau bekerja telah tutup perniagaan. Beliau menyalahkan media sosial kerana ramai orang bergantung kepada media sosial dalam kehidupan seharian. Pada suatu hari, ketika Dahlia terdengar pertengkaran di antara seorang suami dan isteri, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan yang menjual pakaian dalam perempuan yang seksi untuk menghangatkan perhubungan antara suami isteri.

Kisah 2: Love Clicks sunting

Ditulis dan diarahkan oleh Sarah Lois, "Love Clicks" berkisarkan tentang Hannah (Elena Moujing) yang sentiasa menggunakan platform digital merasakan beliau telah jatuh cinta terhadap Pengguna Nombor 721 yang beliau telah kenal di aplikasi cari jodoh, “Love Clicks”. Masalahnya adalah, beliau tidak tahu bagaimana rupa pengguna tersebut kerana mereka hanya boleh melihat avatar masing-masing sahaja.

Kisah 3: Bukan Salah Ibu Mengandung sunting

Ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarahkan oleh Umie Salwana Omar, “Bukan Salah Ibu Mengandung” berkisarkan tentang punca pendapatan blogger kecantikan Myra (Juliana Evans) dan suami yang merupakan pengurusnya, Irfan (Alif Satar) kini tergugat disebabkan beliau sedang mengandung anak pertama mereka. Disebabkan hormon yang tidak stabil, Myra menghadapi alahan yang teruk terhadap bahan kosmetik yang menyebabkannya untuk mendapat amaran daripada kliennya.

Kisah 4: Dalam Kain sunting

Ditulis dan diarahkan oleh Sarah Lois, "Dalam Kain" berkisarkan tentang Sierra (Sarancak) mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana beliau gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama suaminya, Hanif serta memberikan nasihat-nasihat perkahwinan. Akan tetapi, salah seorang pengikutnya telah terjumpa akaun suaminya di aplikasi cari jodoh, “Hunny Bunny” dan menyebarkan berita tersebut di media sosial. Ini telah menyebabkan Sierra dikeji oleh orang ramai. Sierra mengambil keputusan untuk mengikut rancangan rakan baiknya untuk mengetahui jika suaminya benar-benar sedang curang terhadapnya.

Kisah 5: Angkat Kaki sunting

Ditulis dan diarahkan oleh Afiza Asram, "Angkat Kaki" berkisarkan tentang Aria (Mira Filzah), yang berkeinginan tinggi untuk mempunyai kerjaya berbanding berkahwin dan mempunyai suami. Akan tetapi, bapa Aria yang merupakan seorang yang konservatif dan terlalu melindungi anak tidak bersetuju dengan keinginan Aria dan merasakan bahawa seorang perempuan tidak seharusnya bekerja dengan bersungguh-sungguh. 

Kisah 6: Aset sunting

Ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarahkan oleh Afiza Asram, "Aset" berkisarkan tentang Salina (Kaka Azraff) yang sentiasa berasa risau dan malu tentang saiz payudaranya iaitu saiz DD. Beliau berasa lebih terganggu apabila rakan sekerjanya berkongsi gambarnya di media sosial. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Ketika berada di dalam bas, beliau duduk di sebelah Sally (Joanne Kam), seorang perempuan yang lantang dan peramah. Perjumpaan secara tidak sengaja ini telah menukarkan pandangan Salina terhadap kehidupannya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Penerbitan sunting

Sa Balik Baju diarahkan oleh Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Rafidah Abdullah.[2] Dalam temubual bersama Hype, Sarah Lois, salah seorang pengarah filem ini berkata mengenai inspirasi di sebalik filem ini: "Saya fikir apa yang telah kami lakukan untuk filem ini sangat menakjubkan dan ia sebenarnya ialah kerjasama. Walaupun kami menulis setiap karya secara individu, kami mengadakan banyak pertemuan sebagai penulis bersama-sama untuk mendengar perspektif daripada semua orang dan berkongsi input kepada cerita semua orang".[2]

Seorang lagi pengarah, Afiza Asram menjelaskan Sa Balik Baju ialah perkara baharu, namun mengakui tidak menjangkakan apa yang bermula sebagai sebuah cerita boleh berkembang menjadi enam naratif menarik yang pelbagai.[2] Menurut Rafidah Abdullah, cerita yang disiarkan dalam filem ini bukan idea asal beliau, namun hanya membangunkan ceritanya kepada sebuah naskhah.[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Sa Balik Baju dikeluarkan pada 21 Oktober 2021 di Netflix. Filem ini pada asalnya ditayangkan di platform penstriman lain. Pelakon utamanya, Nadiya Nisaa berkata: "Sebenarnya, saya memang secara diam-diam meletakkan harapan agar filem ini mendapat sambutan. Penonton di Netflix berbeza daripada penonton di kaca TV dan mereka 'dahagakan' karya-karya yang berlainan".[3]

Bagi mempromosikan filem ini, Red Communications mengadakan tayangan amal filem ini selama sehari pada 16 September 2021, di mana 100% daripada hasil tiket akan disumbangkan kepada Sisters in Islam dalam menyokong usaha mereka dalam memperjuangkan hak wanita di Malaysia.[4][5][6]

Mengulas untuk portal Getaran, Wafa Aulia merasakan bahawa filem ini tidak hanya cemerlang malah penting untuk ditonton oleh semua. Beliau memberikan penarafan 5 bintang untuk filem ini.[7] Dalam ulasan retrospektif mengenai Sa Balik Baju, Tiara Sapphire mengulas jalan cerita filem ini sangat mudah dan menarik untuk ditonton kerana mempunyai mesej yang disampaikan dalam setiap cerita, namun menilai bahawa isu yang diketengahkan mungkin terlalu sensitif untuk dibahaskan secara terbuka. Portal itu bagaimanapun, memuji lakonan dan sinematografi filem itu.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ain Mahthir (21 Oktober 2021). "Filem Sa Balik Baju Bukti Masih Ada Karya Tempatan Berkualiti, Papar Realiti Hari Ini". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 6 November 2021.
  2. ^ a b c d Ilham (19 September 2021). "Interview: "Sabalik Baju" Directors & Cast On The Struggles Women Face" (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. Dicapai pada 6 November 2021.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2021). "Nadiya Nisaa tak sangka filem Sabalik Baju 'popular' di Netflix". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2021.
  4. ^ Nor Fakhry (15 September 2021). "Sabalik Baju Charity Film Premiere" (dalam bahasa Inggeris). Siakap Keli. Dicapai pada 6 November 2021.
  5. ^ "Sinopsis: Sabalik Baju - Tayangan perdana amal pada 16 September". Femag Online. 15 September 2021. Dicapai pada 6 November 2021.
  6. ^ Thomas Tan (14 September 2021). "SaBalik Baju film online premiere to raise funds for charity". Yamcha Time. Dicapai pada 6 November 2021.
  7. ^ Wafa Aulia (26 Oktober 2021). "Cemerlang! 5 Bintang Untuk Filem 'Sa Balik Baju'". Getaran.my. Dicapai pada 6 November 2021.
  8. ^ "Review Movie: Sa Balik Baju". Tiara Sapphire. 26 Oktober 2021. Dicapai pada 6 November 2021.

Pautan luar sunting