Muslihuddin Mushrif ibn Abdullah

(Dilencongkan dari Saadi)

Sheikh Saadi (dalam Parsi: سعدی, nama penuh beliau dalam Bahasa Melayu: Muslihuddin Mushrif ibn Abdullah) (1184 - 1283/1291?) adalah antara pemuisi Parsi ketika zaman pertengahan. Beliau juga turut terkenal dengan kedalaman ilmu pemikiran sosial.

Sa'adi Shiraz
EraZaman Pertengahan
FalsafahIlmuwan Parsi dan Islam
Kepentingan utama
Puisi, Tasawuf, Sufi, Metafizik, Logikal, Etika
Idea cemerlang
Hasil penulisan Saadi banyak diterjemahkan kedalam puisi-puisi barat
Saadi

Biografi sunting

Dilahirkan di Shiraz, Parsi, Sheikh Saadi berhijrah ke Baghdad ketika berusia muda bagi mempelajari sastera Arab dan juga Sains Islam di Al-Nizamiyya, Baghdad (1195-1226).

Disebabkan ketidak keruan keadaan empayar Islam selepas pencerobohan Mongol, beliau menjelajah ke Anatolia, Syria, Mesir dan Iraq. Dalam hasil tulisannya, beliau turut menjelajah sejauh India dan Asia Tengah. Saadi ini bagaikan Marco Polo yang merantau ke negeri-negeri asing dari tahun 1271 hingga 1294. Perbezaan antara dua tokoh ini ialah Marco Polo menjelajah ke negeri-negeri kaya dan bergaul dengan bangsawan-bangsawan, tetapi Saadi pula bergaul dengan orang yang terselamat dari keganasan Mongol. Beliau bertemu dan berbicara dengan pedagang, petani, pengkhutbah, kelana, pencuri dan ahli Sufi. Sekurang-kurangnya 20 tahun, beliau melakukan perkara yang sama iaitu memberi khutbah, menasihati masyarakat, menuntut ilmu, dan memperbaiki khutbahnya supaya diisi ilmu-ilmu yang berguna.

Apabila beliau pulang ke tempat kelahiran beliau, Shiraz, beliau telah pun berumur. Kepulangan beliau diraikan penduduk bandar itu. Malahan, pemerintah wilayah Shiraz juga turut meraikan kepulangan beliau. Sebagai balasa terhadap budi baik pemerintah Shiraz, beliau menggunakan nama pemerintah itu iaitu Saadi ibn Zangi sebagai nama pena beliau. Saadi juga turut menulis beberapa puisi bagi menghargai layanan baik pemerintah Shiraz ini. Beliau kemudiannya menghabiskan masa tuanya di bandar ini.

Hasil Penulisan sunting

Penulisan beliau yang terkenal ialah Bostan (Kebun) yang bertarikh 1257, dan juga Gulistan (Taman mawar merah) pada tahun 1258. Kitab Bostan ini adalah kumpulan puisi-puisi dan juga cerita-cerita yang mengisahkan sifat-sifat yang harus ada pada setiap muslim iaitu adil, rendah diri, murah hati dan tidak tamak. Karya Golestan pula didalam bentuk prosa dan mengandungi cerita dan persitiwa-persitiwa perorangan. Karya ini diselitkan dengan puisi-puisi pendek yang mengandungi aforisme, nasihat dan juga jenaka. Saadi juga turut menggambarkan sifat manusia yang tidak munasabah.

Pautan Luar sunting