Saat Kau Takluk Cinta Ini

Saat Kau Takluk Cinta Ini ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Zamri Zakaria, dibintangi oleh Idris Khan, Intan Najuwa dan Syazwan Zulkifly. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 20 Disember 2021 menggantikan Cukup Derita Itu. [1]

Saat Kau Takluk Cinta Ini
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra
Ditulis olehEja Lorena
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanTakluk Cinta nyanyian Hafiz Suip
Lagu penutupTakdir nyanyian Aliff Iskandar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15 Episod
Penerbitan
PenerbitJaja Ishak
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Kembara Sufi Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
iQiyi (ulangan)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal20 Disember 2021 – 12 Januari 2022
Kronologi
MengikutiCukup Derita Itu

Drama ini juga boleh ditonton melalui aplikasi penstriman hiburan, iQiyi.

Sinopsis Sunting

Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.

Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.

Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?

Pelakon Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini. MyInfoTaip. Dicapai 15 Disember 2021.