Sabar (Lagu)
Sabar ialah single pertama daripada penyanyi pendatang baharu di dunia seni muzik Malaysia, Ismail Izzani. Single tersebut diciptakan secara bersama-sama oleh Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani dan Zyn.
"Sabar" | |
---|---|
Single oleh Ismail Izzani | |
Dikeluarkan pada | Februari 22, 2017 |
Format | Muat turun digital |
Dirakam pada | 2017 |
Genre | Pop, R&B |
Panjang | 3:31 |
Syarikat | World Peace Entertainment |
Penulis | Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani, Zyn |
Video muzik rasmi daripada single berkenaan juga telah dimuat naik di 'World Peace Entertainment' YouTube pada tarikh 24 Februari 2017, 2 hari selepas ia keluar secara rasmi di ITunes, Joox dan Spotify. Lagu tersebut juga mendapat sambutan hangat dan respon positif daripada penikmat muzik Malaysia. Dalam tempoh empat bulan sahaja muzik video lagu berkenaan sudah ditonton lebih lapan juta kali.[1]
Lagu Sabar juga turut popular dalam kalangan peminat di Indonesia sehingga dimainkan di pusat hiburan di sana. Malah, ada orang yang menyangkakan Ismail Izzani penyanyi Indonesia. Sambutan yang memberangsangkan ini, menyebabkan Ismail bersama syarikat naungannya World Peace Entertainment turut merancang untuk turun ke Indonesia bagi meluaskan sayap Sabar ke Indonesia.[1]
RujukanSunting
- ^ a b "Ismail Izzani menghadam populariti". Kosmo! Online. 3 Jun 2017. Diarkib daripada yang asal pada 16 November 2017. Dicapai pada 13 Ogos 2017. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
Pautan luarSunting
- Ismail Izzani - Sabar (Video Muzik Rasmi)
- Sabar - Single Oleh Ismail Izzani di iTunes
Rencana berkenaan single ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.