Sabarlah Duhai Hati
Sabarlah Duhai Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Mohd Fazli Yahya yang diadaptasikan dari novel karya Mimie Afinie, di bintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Iman Suhana. Siri ini memulakan tayangan di (Slot Akasia) TV3 bermula 28 April 2021 menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta [1]
Sabarlah Duhai Hati | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Hanyut - Black Hanifah |
Lagu penutup | Hanyut - Black Hanifah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 35 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 April 2021 – 1 Jun 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bukan Hanya Sekadar Cinta |
Diikuti oleh | Masih Ada Rindu |
SinopisSunting
Hidup Fira (Amyra Rosli) berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish (Aiman Badrul) ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan (Saharul Ridzwan).
Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan Isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia (Iman Suhana). Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan (Fadilah Mansor). Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap.
PelakonSunting
Pelakon UtamaSunting
- Saharul Ridzwan sebagai Affan
- Amyra Rosli sebagai Fira
- Iman Suhana [2] sebagai Nadia
- Izzue Islam sebagai Nazim
- Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
- Datin Fadilah Mansor sebagai Hajah Suhaily (Opah)
Pelakon PembantuSunting
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
- Haleeda sebagai Laila
- Emelda Rosmila sebagai Shima
- Azhar Amir sebagai Hafiz
- Kodi Rasheed sebagai Rizal
- Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
- Pablo Amirul sebagai Johan
- Marissa Yasmin sebagai Zalina
- Azri Iskandar sebagai Hamidi
- Elya Miera sebagai Suraya
- Amirul Faqeem sebagai Firdaus
Pelakon Kanak KanakSunting
- Aiman Badrul sebagai Danish
Penampilan IstimewaSunting
- Datuk Rosyam Nor
RujukanSunting
- ^ Drama Sabarlah Duhai Hati MyInfoTaip. Dicapai pada 27 April 2021
- ^ Nur Emira Saizali (15 Mei 2021). "Terima Kasih Bencikan watak saya Iman Suhana". Kosmo!. Dicapai pada 15 Mei 2021.