Sabi'ul Malik Shafie

Sabi'ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along (22 April 1980 - 26 Disember 1999) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi kumpulan pop rock Malaysia, Spoon dan meraih kejayaan dalam tempoh yang singkat dalam kerjaya muziknya. Pada 1999, beliau meninggal dunia ketika namanya meniti puncak populariti.

Along Spoon
Kelahiran
Sabi’ul Malik bin Shafie

(1980-04-22)22 April 1980
Meninggal dunia26 Disember 1999(1999-12-26) (umur 19)
Sebab kematianDibunuh
Mayat dijumpai oleh6 Januari 2000 Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam, Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1994–1999
Ketinggian1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Kerjaya muzik
GenrePop rock
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Spoon

SpoonSunting

Dia melalui kerjayanya sebagai penyanyi di sebuah kumpulan bernama Spoon.

KematianSunting

PembunuhanSunting

Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada 6 Januari 2000 ketika umat Islam sedang meraikan hari Raya Aidilfitri. Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh pada 26 Disember 1999 jam 1 pagi di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.[1]

Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup. Namun setelah 5 tahun kemudian ibu bapa nya telah menerima kenyataan.[2]

Pembicaraan Mohamed Ya'cobSunting

Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.[3]

Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999. Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.[4]

LegasiSunting

Dia telah digantikan oleh adiknya sendiri dengan nama Azlong.

RujukanSunting

  1. ^ Niezam Abdullah (6 Januari 2015). "Imbasan 15 Tahun Kisah Sedih, Pembunuhan Along (Spoon)". mSTAR Online. Dicapai pada 2015-11-29.
  2. ^ Niezam Abdullah (30 Mei 2017). "Misteri di sebalik pembunuhan Along Spoon akhirnya terbongkar". Oh My Media. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  3. ^ "Along pernah ucap setakat cium sahaja'". Utusan Malaysia. 29 Julai 2000. Dicapai pada 30 Mei 2017.
  4. ^ "Ya'cob berniat membunuh Along - pendakwa raya". Utusan Malaysia. 30 Mei 2017. Dicapai pada 29 Julai 2008.