Sabiamad Abdul Ahad

penembak sukan Malaysia

Datuk Haji Sabiamad Abdul Ahad PMW AMN (20 Mac 1956 – 10 April 2021) ialah ahli sukan menembak dari Malaysia.

Sabiamad Abdul Ahad
Maklumat peribadi
Kewarganegaraan Malaysia
Lahir(1956-03-20)20 Mac 1956
Muar, Johor, Malaysia
Meninggal10 April 2021(2021-04-10) (umur 65)
Hospital Serdang, Selangor
Tempat dikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Ketinggian1.68 m (5 ka 6 in)
Berat badan68 kg (150 lb)
Sukan
SukanMenembak
Rekod pingat
Menembak Lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama 1983 Singapura 50m pistol
Pingat emas – tempat pertama 1987 Jakarta Free pistol

Sabiamad dilahirkan di Muar, Johor, ialah johan serta pemegang rekod menembak kebangsaan bagi acara Standard Pistol dan Free Pistol.[1][2]

Beliau telah mwnguasai acara Air Pistol di peringkat Asia Tenggara selain acara Central Pistol, Rapid Pistol dand Standard Pistol. Antara pencapaiannya ialah memenangi pingat emas bagi acara 50m pistol lelaki di Sukan SEA 1983 Singapura dan acara free pistol lelaki di Sukan SEA 1987 Jakarta. Beliau juga telah menyertai serta menjadi pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik 1984 Los Angeles, United States.[3][4]

Selepas peraraannya daripada sukan profesional menembak pada 1990, beliau terus menyumbang bakti dan kepakaran selaku jurulatih dan pengurus pasukan menembak negara dalam beberapa temasya seperti Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEA 2017 di Singapura and Sukan Olimpik 2016 di Rio. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).[5]

Kematian sunting

Sabiamad, 65, telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Hospital Serdang Selangor pada pukul 11.00 malam, 11 April 2021 .[6] Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.[7]

Anugerah dan Darjah Kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "DATUK HJ. SABIAMAD ABDUL AHAD". Johor Shooting Association FB. 26 February 2020. Dicapai pada 8 April 2021.
  2. ^ Mohd Ali Majid (18 July 2012). "Sabiamad pembuka jalan". KLiK.com. NSTP Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2021.
  3. ^ "Sabiahmad Abdullah Ahad Olympic Results". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 30 November 2018.
  4. ^ "Sabiamad, penembak Olimpik 1984 meninggal dunia". Utusan. 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
  5. ^ "Sabiamad meninggal dunia". Berita Harian. 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
  6. ^ "Ex-national shooter and Olympian Sabiamad dies at 65". Free Malaysia Today. 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
  7. ^ "Al-Fatihah..Legenda penembak negara Sabiamad meninggal dunia". Utusan TV. 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
  8. ^ a b "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan di Perdana Menteri Malaysia]]. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 2021-04-11.
  9. ^ "Datuk for Santokh Singh, Sabiamad". Bernama. 1 February 2011. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui MySinchew.
  10. ^ "Santokh Singh Dan Sabiamad Terima Gelaran Datuk Sempena Hari Wilayah Persekutuan". mStar Online. 2 February 2011. Dicapai pada 11 April 2021.

Pautan luar sunting

Sukan Olimpik
Didahului oleh
Ahmed Ishtiaq Mubarak
Pembawa bendera   Malaysia
Los Angeles 1984
Diikuti oleh:
Nordin Mohamed Jadi