Sabri Yunus

Pelawak, pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia

Mohd Sabri bin Yunus (lahir 8 September 1961) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan pengarah Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan cerita Pok Ya Cong Codei.

Sabri Yunus
Kelahiran
Mohd Sabri bin Yunus

(1961-09-08) 8 September 1961 (umur 60)
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah
Tahun aktif1990–kini
PasanganNorraya Mohd. Yusof
Anak3

BiografiSunting

Beliau dilahirkan di kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, Syamimi dan Syazni. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, dan pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Driving School Bomoh Filem pertama
1992 Wanita Bertudung Hitam Wan Juga sebagai pengarah seni
1993 Imigran Daud
1995 Sayang Salmah Tuan Rumah Penampilan khas
1996 Yes Tuan Mamat Kontot
1999 Jogho Jali
2004 Puteri Gunung Ledang Sang Setia
2007 Budak Lapok Bapak Aziz/Sattar (suara)
2010 Magika Bendahara
2011 Kembar Siang Pak Din Duda
Libas Hj Hasbullah Awang Pelakon undangan
2012 Mael Lambong Ketua Ejen
Seram Sejuk Che Mey
Hantu Kapcai Ayah Ajib Penampilan khas
2013 Kolumpo Rahim
2015 Jejak Warriors Atuk Penampilan khas
2016 Dukun Doktor Dani Dukun Sudin Juga sebagai pengarah dan penulis
Hanyut Mahmat
2018 Hantu Kak Limah Ketua Kampung Pelakon undangan
One, Two, Jaga Penjual
2020 Butak Pak Man Juga sebagai pengarah dan penulis
2021 Sabda Kekasih Abah Sufi
TBA Duan Nago Bogho Juga sebagai pengarah dan penulis, Pos-produksi

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1994 Dunia Punya Cerita       TV3
1998 Komik       Samad
2011 Wangi Setanggi       Astro Oasis
Sanggul Beracun       Astro Citra
Drogba & Rooney       Ustaz Zaman Astro Prima
2012 Sorok Bau Budu      
Kampung Semerah Padi       Penghulu Siak TV1
2013 Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman       Astro Box Office
2014 Cikgu Gangster       Astro Ria
Nasi Dagang Nasi Ayam      
2016 FB Mak       TV2
Karya 12: Wau Kasih       Astro Citra Sebagai penolong pengarah
2017 Sinar Cinta       TV9
Mengharap Sebuah Keredhaan      
16 Puasa       Abe Li Astro First Ekslusif
Che Pa      
Ali       Pak Iki TV3
Kembalikan Syawalku       Pak Jamil Astro Citra
Kita Bukan Anjing      
2018 Pok Ya Cong Codei       Pok Ya
Kebaya Mek Hwa       TV3
Cekelat Tak Semanis Honey       Astro Citra
Kampung Kuala Lambat       Dewa
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati       Pok Ya
2019 Wali Jantan Sematan       TV Okey
2020 Panjak 7       Pak Ngah Agel TV3
10 Malam Terakhir       TV Okey
Satu Kampung Dua Orang       Juang Astro Citra
Pak Dogo       Senik
Kelab Gentleman       TV3
Cucu Nek Putih       Astro Citra
Poster Wayang Terakhir       TV1
2021 Dia Abangku      
2022 Am'ma       Pak Harun TV Okey Penampilan khas
Mat Ri Ye Pak Din       Pak Din Awesome TV

DramaSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1990 Camni Cantu       TV1
2+1      
1992–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu       Wan Ismail Golok TV3
2007 Salam Pantai Timur       Pelbagai watak TV1 Sitkom
2008 Nik & Nani      
2009 Angguk-Angguk Geleng-Geleng       Zakaria TV2
Pemanduku Jutawan       TV3
Kampung Jaguh       Astro Warna
2011 Moh Ke Kafe Kita       Pak Itam TV3
2012 Karoot Komedia       Tukang Karut Astro Warna
2012–2015 Karoot Komedia X      
2018 Panggung Karoot Pok Ya       Pok Ya
2019 4 Penjuru       Astro Citra
2019–2021 Keluarga Bahadon       Abe Wan Katok Viu
2020 Tanya Sama Pokok       Pak Don Astro Warna
2022 4 Abdul 1 Mohd       Abdul Jabar / Abdul Wasit / Abdul Somad / Abdul Hakim Astro Ria
Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti       Pok Ya

TeaterSunting

Tajuk
Wangi Tak Saksi
Patah Sayap Terbang Jua
Tok Selampit
Matinya Seorang Pahlawan
London
Pentas Opera
Cindai
Menunggu Kata Dari Tuhan

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 Raja Lawak Astro (Musim 1) Otai Lawak Astro Ria
2017 Di Balik Tawa (Musim 1) Dirinya sendiri Astro Warna

DiskografiSunting

Album studioSunting

Sabri dan rakan pelawak Ahmad Busu pernah bergandingan pada tahun 1993 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah" menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  • Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  • Jangan Main Mercun (4:00)
  • Dikir Raya (4:14)
  • Kisah Seorang Bujang (4:30)
  • Sketsa Malam Raya (2:00)
  • Raya Sakan (4:25)
  • Jom-jom Balik (1:50)
  • Selamat Hari Raya (4:14)
  • Halalkan (4:30)
  • Anak Bulan (3:00)

Anugerah dan pencalonanSunting

  • Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005)
  • Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 - 1996 dan 2000)

RujukanSunting

Pautan luarSunting