Sabrina Houssami (lahir k.k. 1987) ialah peserta Australia untuk Pertandingan Miss World yang akan diadakan di Poland pada September 2007.

Fail:Sabrina Houssami.jpg
Sabrina Houssami

Dilahirkan di Bankstown, Sydney kepada bapa Muslim Lubnan dan ibu Hindu India, Sabrina adalah pelajar Universiti Sydney tahun kedua bagi ijazah sastera. Antara kursus yang diambilnya ialah bahasa Arab, perangkaan dan psikologi.

Sabrina ialah naib-johan pertandingan Miss World Australia 2005 yang ditunda ke tahun 2006. Oleh sebab beliau amat rajin dalam kerja-kerja amal untuk mengutip tabung kebajikan, namun penganjur Miss World Australia amat tertarik kepadanya dan memilihnya untuk mewakili Australia. Sabrina berkata beliau menyertai pertandingan itu kerana tertarik dengan falsafahnya menyokong kerja-kerja amal. Minat ini berasal daripada kemiskinan di India yang begitu dekat di hatinya.

Kerja amal Sabrina adalah dengan pertubuhan "Astara Angels" yang mengutip sumbangan bagi membina rumah amal untuk gadis-gadis yang terbiar di Rishikesh, sebuah bandar suci di India yang terletak di kaki Banjaran Himalaya. Astara menjual poskad yang menonjolkan sebiji batu bata untuk harga sebanyak A$20 sekeping. Pembeli poskad itu akan diukir nama mereka pada sebiji batu bata di rumah amal yang dibina.

Walaupun jadual hariannya memberikannya sedikit masa yang terluang, Sabrina masih sempat menyertai MUSE, sebuah kumpulan teater muzik di universitinya, serta Kelab Buruh pada tahun pertama pengajiannya.

Rujukan sunting