Saddām Hussein al Tikriti (Hussein dibaca juga Husayn atau Hussain); bahasa Arab: صدام حسين عبدالمجيد التكريتي (28 April 1937-30 Disember 2006) merupakan Presiden Iraq dari 1979 sehingga 2003. Seorang bintang di Parti Ba'ath yang revolusionis, yang memberikan dukungan pan-Arab sekular, modernisasi ekonomi, sosialisme, Saddam memainkan peranan penting dalam kudeta berdarah pada tahun 1968, yang membawa parti tersebut menjadi penguasa. Sebagai wakil presiden di bawah Jeneral Ahmed Bakr yang lemah dan tua, Saddam mengawal ketat konflik antara kerajaan pemerintah dan angkatan bersenjata di saat banyak organisasi mampu menggulingkan pemerintah dengan menggencet badan keamanan, dan ekonomi Iraq maju pesat pada tahun 1970an.

Saddam Hussein
صدام حسين
Presiden Iraq ke-9
Dalam jawatan
16 Julai 1979 – 9 April 2003
Naib PresidenTaha Muhie-eldin Marouf (1974–2003)
Izzat Ibrahim al-Douri (1979–2003)
Taha Yassin Ramadan (1991–2003)
Didahului olehAhmed Hassan al-Bakr
Digantikan olehJay Garner (sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan Semula dan Bantuan Kemanusiaan Iraq)
Butiran peribadi
Lahir(1937-04-28)28 April 1937
Tikrit, Iraq
Meninggal dunia30 Disember 2006(2006-12-30) (umur 69)
Baghdad, Iraq
Parti politikParti Baath

Sebagai presiden, beliau mengembangkan pengabdian pribadi yang luas dan mempertahankan kekuasaan selama perang Iran-Iraq (19801988) dan Perang Teluk Parsi pertama(1991), yang keduanya menyebabkan penurunan drastik standard hidup dan HAM. Walaupun dia dipuji oleh beberapa negara Arab diatas penentangannya terhadap dunia Barat dan sokongannya terhadap Palestin, Amerika Syarikat tetap memandang Saddam dengan banyak kecurigaan pada saat setelah kekalahan Iraq pada tahun 1991 dalam Perang Iran-Iraq. Dia disingkirkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya ketika perang Iraq 2003 dan ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat pada 13 Disember 2003 Dan dihukum gantung sampai mati.

Kematian sunting

Pada 30 Disember 2006, Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati menurut laporan media Iraq.

 
Saddam Hussein ditali gantung.


Rujukans sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.