Buka menu utama

Muhammad Safawi Bin Rasid

Pemain Bola Sepak
(Dilencongkan dari Safawi Rasid)

Muhammad Safawi Bin Rasid (lahir pada 5 Mac 1997) adalah merupakan pemain bola sepak dari Malaysia yang kini bermain bersama kelab Johor Darul Takzim FC di Liga Super Malaysia sebagai pemain sayap setelah berhijrah dari pasukan lamanya, T-Team F.C. [1]

Safawi Rasid
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhammad Safawi Bin Rasid
Tarikh lahir (1997-03-05) 5 Mac 1997 (umur 22)
Tempat lahirDungun
Ketinggian1.73 m (5 ka 8+18 in)
Posisi permainanPemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Takzim FC
Nombor29
Kerjaya remaja
2014T-Team F.C.
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2015-2016T-Team F.C.33(42)
2017-Johor Darul Takzim FC69(39)
Pasukan kebangsaan
2015Malaysia B-193(1)
2016–Malaysia B-239(7)
2016–Malaysia25(9)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 September 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 7 September 2016

Kerjaya Antarabangsa

Safawi Rasid telah membuat kemunculan sulung untuk penampilan antarabangsa bermain untuk Malaysia Bawah-22 dalam Piala Negara-Negara 2016.[2] Pada bulan Ogos 2016, Safawi Rashid telah dipanggil ke pasukan kebangsaan Malaysia untuk perlawanan menentang Indonesia.[3] Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior dalam perlawanan sebagai permulaan, dan Malaysia tewas 0-3.[4]

Bermula kariernya bersama pasukan T-Team, Safawi menyerlah dan pada 2017 Johor Darul Takzim telah menandatangani pemain ini seterusnya menjadi pemain skuad utama sehingga saat ini. Safawi bukanlah penjaring utama di JDT namun dia banyak menjaringkan gol penting yang membantu pasukan. Prestasinya pada tahun 2019 juga agak memberangsangkan untuk skuad kebangsaan dimana dia menjaringkan 4 gol dalam 4 kemunculannya untuk kelayakan Piala Dunia Qatar dengan 2 gol terbaru kemenangan dalam menentang Indonesia.

Rujukan

Pautan luar