Sahabat Alam Malaysia

Badan bukan kerajaan alam sekitar Malaysia

Sahabat Alam Malaysia (SAM) - Friends of the Earth Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan-kerajaan kebangsaan bebas yang ditubuhkan pada tahun 1977 di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. SAM beroperasi dari dua buah pejabat; di Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia dan di Marudi di Sarawak, Borneo. Semenjak tahun 1983, SAM telah menjadi anggota Friends of the Earth International (FoEI). Fokus pejabat SAM di Pulau Pinang, ibupejabat pertubuhan kami, adalah isu-isu di Semenanjung Malaysia, manakala pejabat di Marudi bertanggungjawab tentang isu-isu dan aktiviti di Sarawak.

Sahabat Alam Malaysia
صحابة عالم مليسيا
JenisNGO
Ibu pejabat Pulau Pinang
Penubuhan
PengasasS.M. Mohamed Idris
Diasaskan27 September 1977
Identiti
Orang pentingMeenakshi Raman (Presiden)
FokusAlam sekitar
MatlamatMemastikan pilihan-pilihan pembangunan dan pengurusan sumber-sumber alam kita dilakukan secara lestari dan mesra alam, dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan di dalam perlindungan alam sekitar. Perlindungan sumber alam yang berkesan hanya dapat dicapai apabila ada kesaksamaan di dalam masyarakat, di mana hak-hak orang asal, petani, nelayan dan komuniti tempatan ke atas sumber-sumber asli dihormati dan keadilan tentang gender menjadi sebuah kelaziman.
Laman sesawangwww.foe-malaysia.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sungai Limau Hidrokarbon Hub sunting

Pada 19 Januari 2010, S.M. Mohamed Idris selaku presiden SAM amat gembira dengan sikap prihatin Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak meluluskan projek penapisan minyak Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) di Yan, Kedah. Laporan kesan alam sekitar (EIA) yang dikemukakan syarikat-syarikat terbabit tidak memenuhi Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Projek kerjasama antara Merapoh Resources Sdn Bhd, Hong Kong Beijing Star Ltd., Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. dari Korea itu bernilai RM36 bilion.

Penambakan laut kawasan 680 hektar akan menyebabkan arus gelombang laut berubah .Ia akan memusnahkan pantai dan habitat ikan di Kuala Johor, Pengerang, Pulau Ubin di Johor serta Kelebang di Melaka. [1]

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting