Saham (pinjaman Bahasa Arab: سهم‎, translit. sahm, lit. 'perkongsian', 'perbahagian'[1]) merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam bentuk perseorangan terbatas. Pemilik dan penyokong pembiaya sesuatu syarikat mungkin membuat keputusan untuk menjual syarikat untuk mendapat wang. Bagaimanapun, ini biasanya mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas syarikat tersebut.

Saham biasanya diperdagangkan di bursa saham di mana pihak perseorangan mahupun organisasi boleh menjual dan membeli saham pelbagai jenis syarikat. Sesuatu syarikat biasanya hanya berdagang saham miliknya dalam satu pasaran, dan dikatakan disenaraikan di pasaran saham tersebut.

Syarikat pertama di dunia yang menerbitkan saham ialah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada 1602.

JenisSunting

Ada beberapa jenis saham iaitu saham biasa (common stock) dan saham keutamaan (Mal.) atau saham preferen (Ind., preferred stock).[2]

Saham biasaSunting

Saham ini mempunyai satu atau lebih peringkat dapat dengan keuntungan dan kerugian sendiri bergantung kepada keperluan syarikat.[2] Ia memiliki ciri-ciri sebagai berikut:[3]

  • Hak suara pemegang saham, dapat memillih dewan komisaris
  • Hak didahulukan, bila organisasi penerbit menerbitkan saham baru
  • Tanggung jawab terbatas, pada jumlah yang diberikan saja

Saham keutamaan atau saham preferenSunting

Saham ini bersifat campuran memiliki ciri-ciri hampir sama dengan saham biasa,[3] namun ia memiliki ciri-ciri sebagai berikut:[3][4]

  • Memiliki berbagai tingkat, dapat diterbitkan dengan ciri-ciri yang berbeda
  • Tagihan terhadap aktiva dan pendapatan, memiliki keutamaan lebih tinggi dari saham biasa dalam hal pembahagian dividen
  • Dividen terwujud bersifat kumulatif yakni bila belum dibayarkan dari tempoh ditetapkan sebelumnya maka dapat dibayarkan pada tempoh berjalan dan lebih dahulu dari saham biasa
  • Ia dapat ditukar menjadi saham biasa, bila kesepakatan antara pemegang saham dan organisasi penerbit terbentuk

3 jenis saham :-

  1. Risiko terhad "limited risk",
  2. Pengawalan sepenuhnya "ultimate control",
  3. Tuntutan baki "residual claim."


FAKTA Bursa Saham Malaysia

       TERTINGGI                         :1314.46 (05-01-1994)
       TERENDAH                          :  57.69 (17-12-1974)
       GERAKAN TERTINGGI DALAM SEHARI    :104.97 (14-01-1994)'



Selain daripada menjual saham, mereka boleh menjual syarikat, atau sebahagian daripadanya, kepada ramai separuh pemilik. Pembelian satu saham membolehkan pemilik saham untuk berkongsi hak milik dalam syarikat tersebut, termasuk hak untuk sebahagian harta syarikat, sebahagian daripada kuasa membuat keputusan, dan peluang untuk sebahagian daripada keuntungan, yang syarikat mungkin berikan sebagai dividen. Bagaimanapun, pemilik asal syarikat sering masih mengekalkan kawalan ke atas syarikat, dan boleh menggunakan wang hasil penjualan saham untuk membangunkan syarikat.

Adalah perkara biasa, apabila terdapat beribu-ribu pemegang saham, ia tidak pratikal untuk semua mereka membuat keputusan dalam urusan harian syarikat. Oleh itu, pemegang saham akan menggunakan saham mereka sebagai undi dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.

Walau bagaimanapun, pemilihan adalah dibuat oleh orang dalaman lembaga tersebut atau semua ahli lembaga, dan akhirnya eksekutif atasan akan menjadi ahli lembaga-lembaga yang lain (sila lihat http://www.theyrule.net untuk contoh). Setiap saham mewakili satu undian (kecuali dalam satu koperasi dimana setiap ahli mendapat hanya satu undi walaupun dia mungkin memegang lebih daripada satu saham), mereka boleh mengundi keluar sesiapapun. Oleh itu, mereka mempunyai kawalan keatas syarikat tersebut.

Opsyen saham merupakan hak untuk membeli saham niaga hadapan pada harga yang ditetapkan. Lazimnya, stok ini adalah sebahagian pakej pampasan pekerja yang ditawarkan kepada eksekutif-eksekutif utama. Setengah syarikat menawarkan opsyen saham kepada kesemua (atau hampir kesemua) pekerjanya. Ini boleh dilihat sewaktu ledakan syarikat-syarikat dot-com sewaktu akhir tahun 1990-an dimana pampasan yang paling utama yang diberi kepada pekerjanya adalah dalam tambahan opsyen saham, dan bukannya gaji. Namun, sehingga kini ia masih merupakan galakan utama kepada golongan Ketua Pegawai Eksekutif. Teori disebalik tawaran saham ini kepada eksekutif dan pekerjanya ialah ia boleh menaikkan dorongan mereka kerana nilai saham bergantung kepada prestasi syarikat. Oleh sebab itu, kewangan mereka boleh bertambah sekiranya prestasi syarikat ditingkatkan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Rujuk سهم di The Arabic Lexicon. Hawramani.
  2. ^ a b (Inggeris)Eugene, F Brigham; Louis, C Gapenski. Intermediate Financial Management. 5th ed. 1996. United States of America. Dryden Press. hal 483
  3. ^ a b c (Inggeris) Keown, J Arthur; et all. Financial Management. 10th edition. 2005. United States of America. Pearson Internation Education. hal 256-267
  4. ^ (Inggeris)Eugene, F Brigham; Louis, C Gapenski. Intermediate Financial Management. 5th ed. 1996. United States of America. Dryden Press. hal 495-496.

Pautan luarSunting