Sahara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Tasha Shilla dan Nanu Baharudin. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 30 Mac 2011 hingga 25 Mei 2011 menggantikan Samson & Delaila.[1]

Sahara
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Mohd Ismail Hassan Ali
  • Rahmatun Nisa Abdul Wahab
PenerbitZainuddin Ismail
Penyunting
  • Ahmad Farhan Osman
  • Khairul Nizam Zulkifli
SinematografiChe Mie
Tempoh siaran24–25 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 Mac 2011 – 25 Mei 2011

SinopsisSunting

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia. Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun. Akan tetapi kemunculan Ashraf di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah. Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina. Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut. Apakah yang akan terjadi pada cinta tiga segi di antara Sahara, Tina dan Ashraf? Adakah Tina akan sedar pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh Sahara? Masih mampukah Sahara menyimpan rahsia tersebut?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

KameoSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (30 Mac 2011). "Nanu Baharudin dan Tasha Shilla dalam Drama Sahara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 April 2014.