Sai merupakan salah satu watak fiksyen dalam siri Naruto, sebuah manga-animasi-permainan terkenal di Jepun, ciptaan Masashi Kishimoto.

Sai dalam siri anime Naruto Shippuden

Latar Belakang sunting

Templat:Spoiler Sai merupakan salah seorang ahli pasukan khas ANBU yang bergelar ROOT (Akar) kampung Konoha yang dipimpin oleh Danzou kini telah dibubarkan. Dia merupakan seorang ninja ANBU yang mempunyai teknik ninjutsu berasaskan artistik. Bergelar ahli pasukan khas ROOT, Sai bukanlah nama sebenarnya sebaliknya ia merupakan satu kod nama yang diberikan kepadanya oleh Danzou ketikan diberikan misi untuk menyeludup ke kumpulan 7 dibawah pimpinan Hatake Kakashi. Sai bertanggungjawab menggantikan tempat Uchiha Sasuke yang kini menjadi ninja pelarian di sisi Orochimaru. Nama sebenarnya masih belum diketahui dan satu-satunya info yang sahih mengenai Sai ialah umurnya sebaya dengan Naruto dan rakan-rakan yang lain.

Sai menggunakan skrol, berus dan dakwat untuk menghasilkan binatang berbentuk lukisan yang akan mengikut arahannya. Sai turut membawa sebilah pedang yang disimpan di belakang badannya.

Misi pertamanya selepas memasuki Kumpulan ke-7 (tanpa pengetahuan mereka) adalah untuk membunuh Uchiha Sasuke kerana ancaman yang disebabkan olehnya ke atas perkampungan Konoha. Namun selepas menyedari ikatan perhubungan antara Naruto dengan Sasuke, Sai membuat keputusan untuk melindungi ikatan perhubungan tersebut dan cuba menyelamatkan Sasuke daripada Orochimaru.

Sikap Sai terhadap Uzumaki Naruto dan Haruno Sakura pada awalnya agak biadab dan tidak sopan. Sai memperkenalkan dirinya kepada Naruto, Nara Shikamaru dan Akimichi Choji dengan melakukan serangan hendap secara tiba-tiba bagi menguji kekuatan Naruto. Dia pernah menghina Naruto dan memanggil Sakura sebagai 'hodoh' berikutan tidak tahu untuk bersosial dengan orang lain.

Selepas berakhirnya era Perang Dunia Ninja Ke-4, Sai melangsungkan perkahwinan dengan seorang ninja kampung Konoha iaitu Yamanaka Ino. Mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yamanaka Inojin. Di bawah pentadbiran Hokage Ketujuh, Sai dilantik menjadi ketua bagi pasukan khas ANBU yang bertugas bagi misi-misi sulit buat kampung Konoha.

Sumber-sumber sunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.