Said bin Al-Musayyab

Said bin Al-Musayyab Rahimahullah merupakan salah seorang dari Tabiin yang berketerampilan.

Menurut Imam Dzahabi rahimahullah, beliau 2 tahun setelah kepemimpinan Umar bin Khattab RA -yakni 15 Hijriah. Dia termasuk ahli fiqih Madinah. Meninggal pada tahun 94 Hijriah.[1][2]

Beliau adalah seorang yang mempunyai sifat keperibadian yang sangat baik, berpuasa pada waktu siang, berqiamullail pada waktu malam. Beliau pun telah mengerjakan ibadat Haji lebih dari empat puluh kali, tidak pernah ketinggalan dari takbir pertama (takbiratulihram) di dalam sembahyang selama empat puluh tahun, dan sentiasa berada di saf pertama.[3]

Said bin Al-Musayyab telah membuat keputusan untuk mengahwini anak perempuan Abu Hurairah r.a berbanding dengan perempuan-perempuan yang lain walaupun beliau berpeluang untuk mengahwini sesiapa sahaja yang beliau ingini dari kalangan perempuan-perempuan Quraisy.

Said bin Al-Musayyab telah bernazar untuk mewakafkan dirinya kepada ilmu semenjak beliau masih kecil lagi.

Said sentiasa mengunjungi isteri-isteri Nabi s.a.w dan berjaya menimba pelbagai ilmu daripada mereka. Beliau juga pernah menimba ilmu daripada beberapa orang para sahabat di antaranya ialah Abdullah bin Abbas, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Umar, Othman, Ali, dan Suhaib.

Rujukan sunting

  1. ^ Ibrahim Abu Abbah (1997). Hak dan Batil dalam Pertentangan. Gema Insani. m/s. 49-50. ISBN 9795614444, 9789795614449.
  2. ^ adz-Dzahabi, Syamsuddin; al-Arna'uth, Syaikh Syu'aib (muhaqqiq) (1985 M/1405 H). Siyaru A'lamin-Nubala (Cetakan ar-Risalah) Diarkibkan 2019-05-31 di Wayback Machine jilid 4: hal. 217 – 246. Mu'assasah ar-Risalah.
  3. ^ Nasiruddin, S.Ag, MM. Kisah Orang-orang Sabar. Penerbit Republika. m/s. 85-87. ISBN 9791102031, 9789791102032.CS1 maint: multiple names: authors list (link)