Saidina atau $aidina adalah sejenis permainan berpapan yang dihasilkan oleh Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd., berdasarkan permainan Monopoly.

Saidina
PenerbitSyarikat Permainan Malaysia
Pemain2–6
Masa penyediaan5–15 minit
Masa permainan180 minit
Peluang rawakSederhana (balingan dadu, pilihan kad)
Kemahiran yang diperlukanMengira

Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut nilai yang diperolehi dari balingan dadu.

Saidina pertama kali diperkenalkan pada 1978. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 6 orang dan sesuai dimainkan oleh orang tua dan orang muda.[1] Tempat di dalam permainan ini adalah berdasarkan tempat-tempat di Malaysia.[2]

Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.

Rujukan sunting

  1. ^ "Saidina" (dalam bahasa B. Inggeris). BoardGameGeek. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Albert C. Veldhuis. "Monopoly Malaysia" (dalam bahasa B. Inggeris). De Muurkrant. Dicapai pada 5 Mei 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting

  • $aidina di Syarikat Permainan Malaysia.