Nizen Ayob

Pelakon dan model Malaysia
(Dilencongkan dari Saiful Nizen Ayob)

Saiful Nizen Mohd Ayob (11 Ogos 1985 – 6 Ogos 2018) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2008 sehingga kematiannya, beliau merupakan salah seorang bekas peserta rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim ketiga.[1][2]

Nizen Ayob
Kelahiran
Saiful Nizen bin Mohd Ayob

(1985-08-11)11 Ogos 1985
Meninggal dunia6 Ogos 2018(2018-08-06) (umur 32)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
Sebab kematianKegagalan buah pinggang akibat demam denggi
PendidikanDiploma Seni Bina
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
Tahun aktif2008–2018
IbuKamisah Nasir
BapaMohd Ayob Abdul Samad

Kehidupan awal sunting

Saiful Nizen Ayob dilahirkan pada 11 Ogos 1985 di Johor Bahru, Johor kepada pasangan Mohd Ayob Abdul Samad dan Kamisah Nasir. Beliau merupakan lulusan Diploma Seni Bina di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[2]

Kerjaya sunting

Saiful Nizen memulakan kerjaya awalnya sebagai model dan pelakon tambahan, beliau pernah meneyrtai Hero Remaja.[1] Drama pertama lakonannya ialah Ezora yang dibintangi oleh Fazura.[3] Beliau juga pernah muncul dalam 2 episod siri drama keagamaan Pintu Taubat di Astro Oasis.

Beliau merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara.[4] Selepas Pilih Kasih tamat, beliau muncul sebagai Karl dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff.[5]

Saiful Nizen mempunyai peranan sebagai Dr. Rizal dalam drama Istikharah Cinta lakonan Zul Ariffin dan Faye Kusairi. Beliau menjayakan peranan sebagai Inspektor Nizam dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas sebanyak 5 musim dari 2014 hingga 2017.[6]

Penampilan televisyen terakhir beliau ialah drama romantik ntv7, Cinta Koko Coklat yang mana beliau memegang watak Ehsan.

Kehidupan peribadi sunting

Saiful Nizen lahir dan membesar di Johor. Beliau mempunyai pertalian darah dengan pelakon veteran terkenal, Allahyarham S. Roomai Noor dan isteri, Allahyarhamah Umi Kalthum.[1]

Pada awal 2017, beliau pernah mendedahkan yang beliau telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.[7]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 6 Ogos 2018 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat kegagalan buah pinggang berikutan demam denggi pada usia 32 tahun.[8][9][10]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Ezora TV3 Drama pertama
Obsesi
Klon Teja Astro Ria
2009 Ku Milikmu TV3
2010 Gerak Khas (Musim 12) Pelanggan pelacur (tidak dinamakan) TV2 Episod: "Hari-Hari Terakhir"
Awan Dania Astro Ria Pelakon undangan
Pintu Taubat Astro Oasis 2 episod
2012 Aku Tak Percaya Cinta Kamil TVi
Dendam Sarakit Tat TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Karl TV2
2013 Cinta Jannah Ustaz Talha TV3
Asmara Luna Zaid
2014 Janji Jaslina Dr. Ariff
Istikharah Cinta Dr. Rizal
2014–2017 Gerak Khas Inspektor Nizam TV2
2015 Ayuni Safira Fazrin TV9
2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Zarif TV3
Budak Magik Johan
Suri Hati Mr. Pilot Faris Astro Ria
2017 Cerita Dari Mastika Astro Prima & Astro Maya HD Episod: “Rumah Atas Kubur”
2018 Rahsia Hati Perempuan Gani muda Astro Ria
Cinta Koko Coklat Ehsan ntv7
2019 Hola Hermosa Syameel TV1 Drama terakhir

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Anak Si Ikan Pari-Pari
2010 Saham Neraka Farid TV3
2011 Dibah Meletup
Ku Mohon
2013 Nur Hikmah Astro Oasis
2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya Zarif TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Pilih Kasih (Musim 2) Peserta TV2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih Finalis

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Menangis diberi peluang Utusan Malaysia (30 November 2015). Dicapai pada 4 Jun 2016. "Bermula dengan angan-angan, Nizen Ayob bangga dengan pencapaian peribadi".
  2. ^ a b Adnan Ibrahim (7 Ogos 2018). 11 Ogos bukan tarikh nikah arwah 'Inspektor Nizam' Berita Harian. Diperoleh pada 8 Ogos 2018.
  3. ^ Budiey (12 Mei 2008). "Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  4. ^ "Pilih Kasih musim ketiga bermula". Utusan Malaysia. 5 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 4 Jun 2013.
  5. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  6. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  7. ^ Keluar Paku Dari Badan, Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob Disihir Lagi Astro Gempak (5 September 2017). Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  8. ^ Amirul Haswendy Ashari (6 Ogos 2018). ‘Inspektor Nizam’ meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  9. ^ Nurul Fadila Awlauddin (6 Ogos 2018). Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia Kosmo!. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  10. ^ Zaidi Mohamad (6 Ogos 2018). "'Inspektor Nizam sudah tiada'". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2018.

Pautan luar sunting