Saiful Ridzuan bin Abdul Hamid (lahir 10 Jun 1989) atau lebih dikenali sebagai Ariz Lufias (Jawi: اريز لوفياس) ialah salah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia, terkenal sebagai salah seorang.

Ariz Lufias
Kelahiran
Saiful Ridzuan bin Abdul Hamid

(1989-06-10) 10 Jun 1989 (umur 34)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
KRU Studios
Pengkarya berkait
Forteen

Kehidupan awal sunting

Ariz mengunakan nama Lufias itu sendiri dari Saiful dan kemudian diterbalikkan menjadi Lufias. Nama ini sering digunakan sewaktu bermain video games. Lahir pada tanggal 10 Jun 1989, dan berasal dari Malim Jaya, Melaka. Ariz memiliki rupa paras yang sangat menawan, tampan dan kacak.

Kerjaya sunting

Bakat nyanyiannya mula dicungkil oleh KRU melalui laman Youtube. Suara beliau yang memukau dah membuatkan beliau diambil menjadi salah seorang ahli kumpulan forteen. Beliau adalah yang pertama ditemui oleh KRU dalam membentuk sebuah kumpulan yang kini dikenali sebagai Forteen . Dengan wajah yang menarik ditambah dengan suara yang mempesonakan figura seorang Ariz Lufias mudah untuk dikenali. Dia juga dikategorikan sebagai seorang yang mudah mesra dan peminat begitu senang dengan dirinya. sentiasa tersenyum manis membuatkan ramai peminat wanita menyukai dirinya. Memakai nama @lufias89 di twitter. pengikut nya kini mencecah 32 000 follower. Platform Ariz dikenali ialah melalui YouTube dan disitu beliau selalu memuat naik lagu yang dinyanyikan semula oleh Ariz daripada lagu melayu hingga ke lagu Inggeris.

Ariz telah berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila pada tahun 2016, beliau telah membintangi dua drama iaitu Tak Beli Tak Cinta memegang watak utama [1] manakala drama Sein Dan Luna sebagai watak pembantu. [2] Beliau juga pernah berlakon dalam teater Ombak Rindu pada tahun yang sama. Ariz juga sangat berbakat dalam membuat kek. Kesemua hasil tangannya itu sangat cantik dan menarik.

Kini beliau sedang menjalankan perniagaan sabun insta bright miliknya dan keluarga. Sabun tersebut mendapat sambutan yang sangat baik kerana sangat berkesan.

Diskografi sunting

Single sunting

  • Berdua Bersatu (2011) - bersama Forteen
  • Seperti Dulu (2012) - bersama Forteen
  • Kita (2013) - bersama Forteen
  • Tidak Pernah Berjumpa (2013) - bersama Forteen
  • Ketika Ini - (2013) bersama Forteen
  • 10 Jari Aidilfitri (2013) - bersama Forteen
  • Dikau Saja (2014) - bersama Forteen
  • Linangan Terakhir (2015) - bersama Forteen
  • Dekat Tapi Jauh (2016) - bersama Forteen
  • Apa Ini Cinta (2017) - bersama Forteen
  • Diam Saja (2019) - bersama Forteen
  • Raya! (2019) - bersama Forteen
  • Noktah Epilog Cinta" (2024) - bersama Forteen & Izzue Islam

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Minah Moto Wan Razman Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Tak Beli Tak Cinta Muhammad Isma TV3 Drama pertama
Sein Dan Luna [3] Aziz
2017 Mencintaimu Mr. Photographer Nazrul Elyas Astro Ria
2018 Pencuri Cinta Kelas Satu Zulfa Astro Oasis
Bukan Cerita Cinta Kita Muammar Thaqif Astro Ria Drama Khas Hari Raya

Teater sunting

Tahun Tajuk
2016 Ombak Rindu

Rujukan sunting

Pautan luar sunting