Sailor Pluto

Sailor Pluto (セーラープルート Sērā Purūto) ialah karakter rekaan dalam siri manga Sailor Moon yang dicipta oleh Naoko Takeuchi. Nama lainnya ialah Setsuna Meioh (冥王 せつな Meiō Setsuna), dan beliau adalah Srikandi Sailor yang memiliki kuasa luarbiasa untuk melindungi Sistem Suria dari kuasa jahat.

Sailor Pluto
Watak Sailor Moon
Kemunculan pertama

Act #18, "Time Warp, Sailor Pluto" (1993)
Dicipta oleh

Naoko Takeuchi
Profil
GelaranSetsuna Meioh
Puteri Pluto
Kaitan

Srikandi Sailor
Bayangan Galactica (manga)
Kuasa dan Kebolehan

Manipulasi ruang dan masa, penghasilan tenaga pemusnah, penghasilan medan tenaga
Adaptasi bahasa Inggeris
Nama

Trista Meioh (anime sahaja)

Kelainan beliau di antara semua Srikandi Sailor adalah di mana beliau ditempatkan di Pintu Ruang-Masa; menghalang sesiapa sahaja yang melaluinya tanpa kebenaran. Dia memiliki kuasa yang dikaitkan dengan masa, ruang, dunia orang mati dan kegelapan.

ProfilSunting

Profil Sailor Pluto tidak diperkenalkan sehingga di bahagian terakhir siri Sailor Moon R. Beliau adalah srikandi yang menjaga pintu masa. Di dalam anime lama, beliau pertama-tamanya diperkenalkan berkomunikasi dengan Usagi Kecil melalui Luna-P. Sailor Pluto menggelar Usagi Kecil sebagai "Small Lady" dan Usagi Kecil memanggil beliau "Puu".

Selepas bahagian kedua Sailor Moon, Sailor Pluto menjadi manusia biasa, meninggalkan pintu masa untuk menyertai Sailor Uranus dan Neptune. Beliau dikatakan dijelmakan menjadi seorang mahasiswi universiti dalam bidang fizik. Di dalam manga, beliau dilahirkan semula oleh Neo-Queen Serenity selepas mengorbankan dirinya dalam siri kedua; manakala di dalam anime lama, beliau dibenarkan untuk meninggalkan pos kawalannya. Biarpun sebagai manusia, Setsuna Meioh adalah ahli tertua di dalam Kumpulan Sailor, berada dalam lingkungan lewat remaja. Beliau digambarkan sebagai seorang yang "keseorangan" dan "suka menjauhkan diri", walaupun seringkali menunjukkan kasih sayangnya terhadap Usagi Kecil.

Selain Sailor Venus (yang mana digambarkan sebagai Dewi Cinta), beliau antara Srikandi Sailor yang dikatakan memiliki darah seorang dewi, yakni Dewi Masa yang "menjaga Pintu Ruang-Masa untuk selama-lamanya."

Beliau digambarkan sebagai seorang yang sentiasa memberi bantuan kepada Srikandi Sailor yang lain, tidak seperti Sailor Uranus dan Neptune. Di dalam bahagian kedua Sailor Moon, Sailor Pluto membenarkan mereka melalui Pintu Masa, walaupun biasanya hal ini tidak dibenarkan. Di dalam bahagian ketiga Sailor Moon, Pluto sering memberi bantuan kepada kumpulan Sailor Moon dan rakan-rakannya walaupun Uranus tidak mahu bekerjasama dengan mereka. Di dalam manga, beliau menjadi inspirasi kepada Ami dalam mencari kekuatan sebenarnya, dan akhirnya membolehkannya bertukar kepada bentuk Super.

Di dalam manga, Sailor Pluto digambarkan berkulit lebih gelap dan mempunyai sut kelasi yang berwarna hitam. Beliau juga dikatakan anak perempuan kepada Dewa Kronos, iaitu dewa Masa. Memiliki ciri srikandi yang tegas, beliau sentiasa menuruti peraturan dan akan membunuh sesiapa sahaja yang cuba melalui Pintu Masa. Dia juga hampir membunuh Sailor Moon kerana ketegasannya "sesiapa yang melanggar peraturan di ruang-masa akan dihukum", sebelum mengenali dia. Luna menyatakan bahawa tiada sesiapa yang harus tahu kewujudan Sailor Pluto, dan tidak ada sesiapa yang pernah melihatnya. Dia dikenali sebagai "pahlawan yang keseorangan".


BentukSunting

Di sepanjang perkembangan cerita Sailor Moon, Sailor Pluto juga berkembang dari segi bentuk, pakaian dan kuasa istimewanya.

Sailor PlutoSunting

Identiti Setsuna yang utama adalah dia adalah seorang Srikandi Sailor. Sut kelasinya berwarna hitam dan delima, tanpa lengan baju dan permata yang bergantung digelang lehernya.

Dia mempunyai kuasa ke atas ruang dan masa, serta ditempatkan di Pintu Ruang-Masa supaya tidak ada sesiapa pun yang melaluinya. Semasa Permaisuri Serenity menyatakan tugas Sailor Pluto, dia tidak dibenarkan melanggar "3 pantang larang" iaitu: dia tidak dibenarkan merentasi masa, dia tidak dibenarkan meninggalkan pos jagaannya dan dia tidak dibenarkan untuk menghentikan masa. Jika dia menghentikan masa, nyawanya akan terkorban. Di sepanjang siri Sailor Moon, Sailor Pluto telah melanggar ketiga-tiga pantang ini.

Sailor Pluto juga memiliki Tongkat Delima, tongkat berbentuk kunci yang mana di bahagian atasnya bertatah Bebola Delima, iaitu salah satu dari 3 Azimat yang dibawa oleh Sailor Uranus, Neptune dan Pluto sendiri. Di dalam manga, beliau juga kadangkala memakai tali pinggang yang berhias dengan anak kunci.

Di bahagian keempat manga Sailor Moon, beliau memperoleh Kristal Pluto dan pakaiannya menjadi sama seperti Super Sailor Moon. Manakala di dalam anime lama, Di awal mula siri kelima, pakaian beliau bertukar menjadi sama seperti Super Sailor Moon. Akhirnya, di penghujung bahagian keempat manga Sailor Moon, pakaian beliau bertukar menjadi seperti Sailor Moon Abadi.

Puteri PlutoSunting

Semasa di Alaf Perak, Sailor Pluto juga adalah puteri bagi planetnya. Dia diberi tugas melindungi Sistem Suria dari kuasa jahat yang datang dari luar. Dia mempunya istananya sendiri, iaitu Istana Charon.

Kuasa Istimewa dan SenjataSunting

Sebagai manusia biasa, Setsuna tidak dapat menggunakan kuasa istimewanya. Untuk menggunakan kuasanya, dia akan mengangkat tangannya atau menjulang tongkat saktinya dan menyeru "Kuasa Pluto, Datanglah".

Nama kuasa istimewa Pluto berkait rapat dengan namanya dalam mitos Yunani. Sesuai dengan gelarannya sebagai "Penjaga Dunia Orang Mati", kuasa istimewanya yang pertama-tama ditunjukkan digelar serangan "Jeritan Maut" (破滅喘鳴(デッド・スクリーム) Deddo Sukurīmu). Serangan ini digunakan di dalam seluruh siri anime lamanya. Di dalam anime lama, tidak seperti kebanyakan serangan Srikandi Sailor yang mana mereka menyeru dengan lantang serangan mereka, Sailor Pluto membisikkan nama serangan beliau.

Di dalam manga, Sailor Pluto juga memiliki beberapa kuasa serangan yang lain, antaranya Taufan Kronos (時空嵐撃(クロノス・タイフーン) Kuronosu Taifūn). Bebola Delimanya juga mampu menghasilkan medan tenaga yang mampu melindungi dirinya dari serangan. Beliau juga mampu menghentikan masa; di dalam manga, Pluto menggunakan kemampuan ini untuk menghalang Putera Dimando dari menyatukan Kristal Perak masa hadapan dan masa lampau, yang mana jika disatukan, akan membawa kepada paradoks masa yang akhirnya memusnahkan seluruh alam semesta dan di dalam anime lama, beliau menghentikan masa supaya Sailor Uranus dan Neptune terselamat dari letupan helikopter.

Bahagian ketiga siri manga Sailor Moon menyatakan satu lagi keupayaan Sailor Pluto, iaitu menutup pintu ruang yang membuka ke alam lain. Apabila Sailor Saturn menyerang Pharaoh 90, dia meminta Pluto menutup pintu ke dunia asal Pharaoh 90 untuk selama-lamanya. Pluto melakukan ini dengan menyerukan "Tertutuplah Langit Gelap" (冥空封印).