LKPL Saimon Tarikat adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Parit Rambai Ulu, Pontian, Johor. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1983 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis semasa menjalankan operasi di Kampong Titi.

LKPL Saimon Tarikat
Kelahiran
Saimon Tarikat

Kampung Parit Rambai Ulu, Pontian, Johor
Meninggal dunia25 Jan 1983
Kampong Titi
Sebab kematianBertempur dengan pemberontak komunis
Warganegara Malaysia
PekerjaanArmy - LKPL
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa

Pada 25 Jan 1983 berdasarkan kepada maklumat tentang aktiviti pemberontak komunis, anggota PKPT seramai 12 orang diatur gerak dalam misi khas di Kampong Titi. Kumpulan ini dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil. Dalam keadaan samar di waktu malam, LKpl Saimon dan seorang rakannya melihat dua orang pemberontak komunis sedang menuruni bukit.

Tanpa berlengah mereka membuat serangan dan melepaskan beberapa tembakan. Di waktu itu, seorang pemberontak wanita menjerit memberi amaran supaya kawannya melarikan diri. Dalam situasi genting itu, LKpl Saimon dengan berani merangkak menaiki teres bukit menghampiri wanita tersebut untuk membunuhnya.

Tindakannya itu menarik perhatian seorang pemberontak lelaki yang terus melepaskan tembakan dan mengenai LKpl Saimon. Beliau terkorban dalam pertempuran tersebut. Dalam operasi ini dua pemberontak komunis berjaya dibunuh. Dua laras senjata bersama peluru adalah antara yang telah dirampas daripada pemberontak.

Rujukan sunting