Sains ketenteraan adalah kajian terhadap proses, institusi, dan tingkah laku ketenteraan, bersama dengan kajian peperangan, dan teori serta penerapan kuasa paksaan yang tersusun.[1] Ia menumpukan terutamanya pada teori, kaedah, dan amalan menghasilkan keupayaan tentera dengan cara yang konsisten dengan dasar pertahanan negara. Sains ketenteraan berfungsi untuk mengenal pasti elemen-elemen strategi, politik, ekonomi, psikologi, sosial, operasi, teknologi, dan taktikal yang diperlukan untuk mengekalkan kelebihan relatif angkatan tentera; dan untuk meningkatkan kemungkinan dan hasil kemenangan yang mengembiraka pada masa aman atau semasa perang. Para saintis tentera termasuklah ahli teori, penyelidik, saintis eksperimen, ahli sains, pereka, jurutera, juruteknik ujian, dan kakitangan tentera yang lain.

Kakitangan tentera memperoleh senjata, kelengkapan dan latihan bagi mencapai tujuan strategik yang spesifik. Sains ketenteraan juga digunakan untuk mengasaskan keupayaan musuh sebagai sebahagian daripada risikan teknikal.

Dalam sejarah tentera, sains ketenteraan telahpun digunakan semasa zaman Revolusi Perindustrian sebagai satu istilah am bagi merujuk kepada semua perkara teori ketenteraan dan aplikasi teknologi sebagai disiplin akademik tunggal, termasuk sekali atur gerak dan penggajian tentera dalam masa aman atau dalam pertempuran.

Didalam pendidikan tentera, sains ketenteraan sering disebut jabatan dalam institusi pendidikan yang mentadbir pendidikan pegawai kadet. Namun, pendidikan ini biasanya memberi tumpuan kepada latihan kepimpinan pegawai dan maklumat asas mengenai penggunaan teori tentera, konsep, kaedah dan sistem, dan siswazah yang bukan saintis tentera setelah selesai pengajian, tetapi lebih kepada pangkat pegawai rendah tentera.

Petikan dan nota sunting

  1. ^ Jordan, 2013. p. 880.

Pautan luar sunting

US Military/Government Texts