Sains popular ialah pentafsiran sains yang ditujukan untuk audiens umum. Sungguh pun kewartawanan sains menumpu pada pembangunan terkini dalam bidang saintifik, topik yang dibincangkan dalam sains popular adalah lebih meluas. Ia mungkin ditulis oleh wartawan sains profesional atau oleh ahli sains sendiri. Sains popular boleh dipersembahkan dalam banyak bentuk, termasuk buku, filem dan dokumentari TV, artikel dalam majalah, dan di laman web.

PerananSunting

Sains popular ialah jambatan antara literatur saintifik sebagai perantara penyelidikan saintifik profesional, dengan dunia wacana politik dan budaya popular. Matlamat genre ini selalunya adalah untuk menangkap kaedah dan ketepatan sains dan pada masa yang sama menjadikan bahasa sains itu lebih mudah difahami. Kebanyakan kontroversi yang berkaitan sains dibincangkan dalam buku dan bahan terbitan sains popular, seperti perdebatan yang panjang tentang penentuan biologi dan komponen biologi yang menyebabkan kepintaran. Isu ini dicetuskan oleh buku-buku popular seperti The Mismeasure of Man and The Bell Curve.

Literatur sains popular boleh ditulis oleh seseorang yang bukan ahli sains yang mempunyai pemahaman terhad tentang subjek yang mereka tulis. Agak sukar untuk seseorang yang bukan pakar untuk mengenalpasti sains popular yang menyeleweng. Ini disebabkan penulisan sains popular selalunya mencampurkan sains sebenar dan pseudosains.