Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari

ahli perniagaan Arab di Terengganu

Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari (meninggal dunia pada 1349 H bersamaan 1930 M) ialah seorang ahli perniagaan berketurunan Arab. Beliau terkenal kerana mengenal pasti kepentingan sebuah kepingan batu bersurat yang kini dikenali sebagai Batu Bersurat Terengganu.

Saiyed Husin (kiri) dan cucunya, Syed Abdul Rahman (kanan) pada tahun 1902.

Pada tahun 1320 H bersamaan 1902 M, Saiyed Husin telah berangkat ke Hulu Terengganu dalam usaha mencari tanah yang mengandungi bijih untuk dilombong di sekitar kawasan Bukit Tawang. Ketika salah satu lawatannya ke Bukit Tawang, beliau ada bersinggah di sebuah kampung bernama Kampung Buloh. Di situ beliau ada terjumpa sebuah batu bersurat yang dijadikan alas pembasuhan kaki sebelum naik memasuki surau Kampung Buloh iaitu surau Tuk Abdul Rashid. Kemudiannya, batu itu diangkut ke arah hilir sungai menuju ke Kuala Terengganu lalu dipersembahkan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III sebelum diperintahkan baginda agar batu tersebut dibawa ke Bukit Puteri sebagai simpanan. Sebelum itu, batu itu dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1349 H bersamaan 1930 M lalu dikebumikan di tanah perkuburan Syeikh Ibrahim Kuala Terengganu. Sebagai mengenang jasa beliau, sebatang jalan di Kuala Terengganu diberikan nama Jalan Saiyed Husin.

RujukanSunting

  • Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. m/s. 48. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.