Saka Jentayu ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2010 dibintangi oleh Zarina Zainoordin dan Ungku Ismail Aziz. Ia menampilkan kisah jin saka yang diilhamkan daripada sumber cerita masyarakat Melayu. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 25 November 2010 hingga 24 Februari 2011 menggantikan Durja Ningsun.[1][2]

Saka Jentayu
Genre
Ditulis olehAzmy Ariff
PengarahAzizi Awang Ghazali
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jentayu" oleh Zarina Zainoordin
Lagu penutup"Jentayu" oleh Zarina Zainoordin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitRusmawarnis Rusdi
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Wayang Tinggi Produksi
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal25 November 2010 – 24 Februari 2011

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

SinopsisSunting

Mengisahkan perjalanan cinta Jentayu (Zarina Zainordin) sering didatangi pelbagai halangan dan dugaan. Arwah suaminya meninggal ketika mereka berbulan madu. Selepas beberapa tahun, Jentayu bakal bertunang dengan Faris (Ungku Ismail Aziz). Malangnya, majlis pertunangan terpaksa dibatalkan kerana ibu Faris, Puan Sarimah diserang penyakit ganjil ketika mahu menyarungkan cincin ke jari Jentayu.

Jentayu sering diganggu oleh jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit (Hairi Safwan). Saka Inyiak Utieh mahu mendampingi Jentayu dan ia telah menimbulkan masalah di kampung.

Selepas kematian tragis Puan Sarimah, pelbagai cemuhan dilemparkan kepada ibu bapa Jentayu, Pak Suman (Mubarak Majid) dan Induk Awa (Liza Abdullah) sehingga memaksa mereka berpindah balik ke kampung Induk Awa. Jentayu dan Faris terpaksa berpisah. Faris memilih untuk mendalami ilmu agama dari Ustaz Hanafi (Fathil Dani).

Kepulangan keluarga Jentayu ke kampung tidak disenangi oleh Pak Sadun (Khairil Anwar). Jentayu pula sering diganggu oleh jin saka tersebut. Pak Suman telah meninggal dunia akibat perbuatan langgar lari. Hidup Jentayu dan Induk Awa bertambah sempit. Mereka terpaksa berdepan dengan fitnah dan cemuhan yang disebarkan oleh Pak Sadun.

Pelbagai cabaran yang mengganggu kehidupan Jentayu dan dia turut dikecewakan oleh Zamri. Akibat termakan hasut jin saka tersebut, Jentayu bersetuju untuk mewarisi jin saka nenek moyangnya. Semakin hari Jentayu semakin jauh dari ajaran agama. Apakah Faris dapat menyedarkan Jentayu ataupun Jentayu akan terus hanyut dalam dunia gelap?

PelakonSunting

UtamaSunting

PembantuSunting

PenerbitanSunting

Penggambaran yang dijalankan di sekitar kawasan kampung di Malaysia dan juga kawasan pedalaman di daerah Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia.

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (14 November 2010). Saka Jentayu lakonan Zarina Zainoordin dan Ungku Ismail Aziz Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2011.
  2. ^ Saka Jentayu kupas asal-usul jin saka Harian Metro (20 November 2010). Dicapai pada 17 April 2011. — melalui WordPress.
  3. ^ Saka Jentayu (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 September 2019.