Sakir-Har ialah raja kerajaan Hyksos yang maklumatnya telah lama hilang dalam lipatan sejarah, dan namanya ditemui pada jenang pintu di tapak galian Mesir di Tell El-Dab'a oleh Manfred Bietak pada zaman 90-an. Jenang pintu tersebut, yang kini dipamerkan di Kaherah (Cairo TD-8316) mempunyai beberapa nama gelarannya (nama-nama Nebti dan Horus emas, serta nama lahirnya).[2] Menurut buku oleh Kim Ryholt (1997) berkenaan Zaman Pertengahan Kedua Mesir, jenang tersebut berbunyi,

Sakir-Har
Heqa-Khasut
Pendahulu Salitis[?]
Pengganti Khyan[?]
Nomen: Heqa-Khasut, Sakir-Har[1]
Ḥq3 ḫ3swt Skr Hr
Pemerintah negeri asing (Hyksos), Kurniaan Har
S38N25
Z2
z
k
r
h
r


Nama Nebty: Tshes-pedjut
Ṯz-pḏwt
Yang menakluk orang busur
Horus Emas: Iri-tash-ef
Jrj-t3š.f
Yang dirikan batasnya

Monumen Jenang pintu dari Tell El-Dab'a
[Horus yang... ...], Pemilik Wadjet dan Nekhbet mahkota yang takluk orang busur. Falkon Emas yang mentadbirkan sempadannya. Adiraja kerajaan heka-khawaset, Sakir-Har.[3][4]

Jenang pintu tersebut mengesahkan identiti Sakir-Har yang merupakan salah seorang daripada tiga raja kerajaan Hyksos dari wangsa kelima belas Mesir. Pemangku baginda adalah raja Khyan, kalau baginda adalah raja ketiga Hyksos dalam wangsa ini, namun kedudukan Sakir-Har yang sebenar belum lagi dititikkan. Nama baginda Sakir-Har bermaksud 'Kurniaan Har.'[5]

RujukanSunting

  1. ^ Jürgen von Beckerath, Handbuch der ägyptischen Königsnamen (= Münchner ägyptologische Studien, vol 46), Mainz am Rhein: Verlag Philipp von Zabern, 1999. ISBN 3-8053-2310-7, pp.116-17.
  2. ^ Ryholt, K. (1997) The Political Situation in Egypt during the Second Intermediate Period c.1800-1550 B.C.. Museum Tuscalanum Press, ISBN 8772894210. ISSN 0902-5499. h.120
  3. ^ Ryholt, p.123
  4. ^ Charlotte Booth, The Hyksos period in Egypt, A Shire Egyptology Book, 2005. h.31 [1]
  5. ^ Ryholt, K. (1999) hh.127-128

BibliografiSunting

  • I. Hein (ed), Pharaonen und Fremde - Dynastien im Dunkeln, Vienna 1994, 150-152, No. 126 (gambar jenang pintu)
  • Ryholt, K. (1997)The Political Situation in Egypt during the Second Intermediate Period c.1800-1550 B.C., Museum Tuscalanum Press. 463 halaman. ISBN 87-7289-421-0.
Didahului oleh
{{{before}}}Salitis?
Firaun Mesir
Wangsa ke-15
Diikuti oleh:
{{{after}}}