Sakon Yamamoto (Jepun: 山本 左近, Hepburn: Yamamoto Sakon, lahir 9 Julai, 1982 di Toyohashi, Wilayah Aichi) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Jepun. Beliau bertanding dalam 21 perlumbaan Grand Prix Formula Satu pada musim 2006, 2007 dan 2010.

Sakon Yamamoto
Yamamoto pada tahun 2010
Lahir (1982-07-09) 9 Julai 1982 (umur 41)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJepun Jepun
Tahun aktif20062007, 2010
TeamsSuper Aguri, Spyker, Hispania
Entri21
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Jerman 2006
Perlumbaan terakhirGrand Prix Korea 2010
Kedudukan 2010Ke-26 (0 mata)
Siri terdahulu
2007–08
200607, 2010
2005–06
2005-06
2003
2002
2001, 2004
2001
GP2 Series
Formula Satu
Super GT
Formula Nippon
F3 Euroseries
German F3
All-Japan F3
British F3

Sebelum Formula Satu sunting

Yamamoto memulakan kerjayanya di Sekolah Perlumbaan Litar Suzuka pada tahun 1994 (Kart), dan berlumba dalam siri-siri lain, untuk menjadi pemandu ujian/ketiga untuk pasukan Formula Satu Jordan di (Jepun) pada musim 2005.

Formula Satu sunting

Super Aguri (2006) sunting

 
Yamamoto di Grand Prix Brazil 2006.

Pada 8 Jun 2006, Yamamoto menyertai pasukan Super Aguri F1 sebagai pemandu ujian dan pemandu ketiga mereka. Yamamoto mengantikan Franck Montagny di Grand Prix Jerman di Hockenheim. Yamamoto gagal menamatkan perlumbaan tersebut selepas mengalami kegagalan mekanikal dengan keretanya. Beliau kemudiannya bersara di Grand Prix ketiganya di Turki, selepas memulakan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Takuma Sato.

Di Grand Prix Itali, Yamamoto terpaksa memulakan perlumbaan di lorong pit selepas mengalami masalah hidraulik, namun akhirnya bersara selepas masalah tersebut menjadi lebih teruk.

Bagaimanapun di Grand Prix China, beliau menamatkan sebuah perlumbaan buat kali pertama, walaupun jatuh empat pusingan di belakang pemenang perlumbaan.

Yamamoto menamatkan musim ini dengan kukuh selepas menamatkan tiga perlumbaan terakhir musim ini berturut-turut, selepas bersara daripada empat perlumbaan pertamanya. Beliau juga menetapkan masa pusingan ketujuh terpantas dan kedua terpantas pada sektor tengah di Grand Prix Brazil. Walau bagaimanapun, beliau tidak dikekalkan oleh pasukan dan digantikan oleh Anthony Davidson pada tahun 2007. Namun begitu, Yamamoto kekal sebagai pemandu ujian di Super Aguri.[1]

Spyker (2007) sunting

 
Yamamoto memandu untuk Spyker F1 di Grand Prix Itali 2007

Selepas Christijan Albers meninggalkan pasukan Spyker F1 selepas Grand Prix British, Marcus Winkelhock mengisi kerusi perlumbaan tersebut di Grand Prix Eropah. Spyker mengesahkan bahawa mereka mengupah Yamamoto dari pasukan Super Aguri untuk berlumba bagi baki perlumbaan pada musim 2007 untuk Spyker.[2] Pada perlumbaan pertamanya untuk Spyker di Hungary, beliau terhempas pada pusingan keempat. Selepas itu, beliau menamatkan kesemua perlumbaan di tempat terakhir, kecuali di Grand Prix Jepun, di mana beliau menamatkan perlumbaan di hadapan Jarno Trulli, dan di Grand Prix Brazil, di mana Giancarlo Fisichella berlanggar dengan Yamamoto pada pusingan pertama. Selepas musim ini berakhir, Yamamoto tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara lain untuk Spyker.

Renault (2008) sunting

Yamamoto diumumkan sebagai akan menjadi salah seorang pemandu ujian untuk pasukan Renault F1 pada 4 Februari 2008.[3] Tetapi menurut kenyataan akhbar, ia kelihatan seperti Yamamoto hanya akan memandu dalam demonstrasi awam dan bukan memandu di litar, selepas Lucas di Grassi dan Romain Grosjean telah diumumkan sebagai pemandu ujian pada pelancaran kereta Renault R28, manakala Yamamoto diumumkan seminggu kemudian.

Hispania (2010) sunting

 
Yamamoto memandu untuk Hispania Racing di Grand Prix Jepun 2010

Pada 17 April 2010, pasukan Hispania Racing mengumumkan bahawa Yamamoto akan menjadi pemandu ujian dan simpanan mereka, dan juga mengumumkan bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam sesi latihan sepanjang musim 2010. Beliau mengambil bahagian pada sesi latihan pertama bagi Hispania di Grand Prix Turki, di mana beliau menetapkan masa yang paling perlahan pada sesi tersebut. Pada 8 Julai 2010, ketua pasukan Hispania, Colin Kolles, mengumumkan bahawa Yamamoto akan menggantikan Bruno Senna untuk Grand Prix British,[4] di mana beliau mendapat tempat ke-24 dan terakhir pada pusingan kelayakan. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-20 dan terakhir, hanya di belakang rakan sepasukan, Karun Chandhok. Yamamoto mengantikan Chandhok di Grand Prix Jerman,[5] di mana beliau bersara selepas 19 pusingan selepas mengalami masalah enjin. Beliau telah digantikan oleh pemandu ujian, Christian Klien, di Singapura selepas Yamamoto dilaporkan mengalami keracunan makanan. Beliau kembali berlumba pada perlumbaan berikutnya di Jepun, di mana beliau mendapat tempat ke-16. Beliau mendapat tempat ke-15 di Korea, tetapi sekali lagi digantikan oleh Klien untuk dua perlumbaan terakhir di Brazil dan Abu Dhabi.[6]

Virgin (2011) sunting

Pada 23 Mac 2011, Marussia Virgin Racing mengumumkan bahawa Yamamoto akan menjadi pemandu simpanan mereka bagi tiga perlumbaan pertama pada musim 2011.[7]

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan P/Pertama Kemenangan Mata Kedudukan
2001 All-Japan Formula 3 TOM'S 18 0 0 117 Ke-4
2001 British Formula 3 Team Avanti 4 0 0 0 Ke-24
2002 German Formula 3
2003 Formula 3 Euroseries 20 0 0 0 Ke-27
2004 All-Japan Formula 3 20 1 131 Ke-8
2005 Super GT GT500 Kondo Racing 8 0 1 43 Ke-7
2005 Formula Nippon Kondo Racing 18 0 0 9 Ke-10
2005 Formula Satu Jordan Grand Prix Pemandu ujian
2006 Formula Satu Super Aguri F1 Team 7 0 0 0 Ke-26
2006 Super GT GT500 Nismo 3 0 0 15 Ke-21
2006 Formula Nippon Kondo Racing 3 0 0 3.5 Ke-11
2007 Formula Satu Etihad Aldar Spyker F1 Team 7 0 0 0 Ke-24
2007 GP2 Series BCN Competición 11 0 0 0 Ke-30
2008 GP2 Series ART Grand Prix 10 0 0 3 Ke-23
2008 Formula Satu ING Renault F1 Team Pemandu ujian
2008–09 GP2 Asia Series ART Grand Prix 11 0 0 13 Ke-9
2010 Formula Satu Hispania Racing F1 Team 7 0 0 0 Ke-26
2011 Formula Satu Marussia Virgin Racing Pemandu ujian

Keputusan lengkap Formula Nippon sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 DC Mata
2005 Kondo Racing MOT
14
SUZ
Ret
SUG
Ret
FUJ
Ret
SUZ
4
MIN
8
FUJ
Ret
MOT
2
SUZ
11
Ke-10 9
2006 Kondo Racing FUJ
6
SUZ
4
MOT
14
SUZ
AUT
FUJ
SUG
MOT
SUZ
Ke-11 3.5

‡ Perlumbaan diberhentikan awal disebabkan hujan lebat. Setengah mata sahaja diberikan.

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
2005 Jordan Grand Prix Jordan EJ15B Toyota RVX-05 3.0 V10 AUS
MAL
BHR
SMR
ESP
MON
EUR
CAN
USA
FRA
GBR
GER
HUN
TUR
ITA
BEL
BRA
JPN
TD
CHN
2006 Super Aguri F1 Team Super Aguri SA05 Honda RA806E 2.4 V8 BHR
MAL
AUS
SMR
EUR
ESP
MON
GBR
TD
CAN
TD
USA
TD
FRA
TD
Ke-26 0
Super Aguri SA06 GER
Ret
HUN
Ret
TUR
Ret
ITA
Ret
CHN
16
JPN
17
BRA
16
2007 Etihad Aldar Spyker F1 Team Spyker F8-VII Ferrari 056H 2.4 V8 AUS
MAL
BHR
ESP
MON
CAN
USA
FRA
GBR
EUR
HUN
Ret
TUR
20
Ke-24 0
Spyker F8-VIIB ITA
20
BEL
17
JPN
12
CHN
17
BRA
Ret
2010 Hispania Racing F1 Team Hispania F110 Cosworth CA2010 2.4 V8 BHR
AUS
MAL
CHN
ESP
MON
TUR
TD
CAN
EUR
GBR
20
GER
Ret
HUN
19
BEL
20
ITA
19
SIN
JPN
16
KOR
15
BRA
ABU
Ke-26 0

Keputusan lengkap GP2 Series sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 DC Mata
2007 BCN Competición BHR
FEA

11
BHR
SPR

14
ESP
FEA

9
ESP
SPR

18
MON
FEA

Ret
FRA
FEA

11
FRA
SPR

13
GBR
FEA

16
GBR
SPR

Ret
EUR
FEA

13
EUR
SPR

11
HUN
FEA
HUN
SPR
TUR
FEA
TUR
SPR
ITA
FEA
ITA
SPR
BEL
FEA
BEL
SPR
VAL
FEA
VAL
SPR
Ke-30 0
2008 ART Grand Prix ESP
FEA
ESP
SPR
TUR
FEA
TUR
SPR
MON
FEA
MON
SPR
FRA
FEA
FRA
SPR
GBR
FEA
GBR
SPR
GER
FEA

12
GER
SPR

NC
HUN
FEA

10
HUN
SPR

4
EUR
FEA

Ret
EUR
SPR

Ret
BEL
FEA

18
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

Ret
Ke-23 3

Keputusan lengkap GP2 Asia Series sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008–09 ART Grand Prix CHN
FEA

3
CHN
SPR

14
UAE
FEA

8
UAE
SPR

C
BHR
FEA

17
BHR
SPR

11
QAT
FEA

Ret
QAT
SPR

14
MAL
FEA

12
MAL
SPR

Ret
BHR
FEA

6
BHR
SPR

4
Ke-9 13

Rujukan sunting

  1. ^ "Super Aguri names Sakon Yamamoto as second test driver". Grandprix.com. 2006-12-27. Dicapai pada 2006-12-30.
  2. ^ "Spyker confirm Yamamoto deal". Autosport.com. 2007-07-26. Dicapai pada 2007-07-26.
  3. ^ "Yamamoto given Renault test drive". BBC.co.uk. 2008-02-04. Dicapai pada 2008-02-08.
  4. ^ "Yamamoto to replace Senna in Britain". autosport.com. Haymarket Publications. 2010-07-08. Dicapai pada 2010-07-08.
  5. ^ McKenzie, Lee; Benson, Andrew (16 Julai 2010). "Hispania drop Karun Chandhok for German Grand Prix". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 19 Mac 2013.
  6. ^ Beer, Matt (10 November 2010). "Klien retains Hispania seat for Abu Dhabi". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 10 November 2010.
  7. ^ Elizalde, Pablo (23 Mac 2011). "Yamamoto joins Virgin as reserve". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 23 Mac 2011.

Pautan luar sunting