Sakura Band
Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus. |
Sakura Band adalah sebuah kumpulan dari Malaysia yang mula ditubuhkan pada 1 Oktober 2012.[1] Kumpulan ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan ini dikenali setelah single mereka, "Melepaskanmu" dijadikan lagu tema drama "Bidadari" di TV3.
Sakura Band | |
---|---|
Berasal dari | Kota Kinabalu, Sabah, ![]() |
Genre | Pop |
Tahun aktif | 2012 - Kini |
Syarikat rakaman | Puteh Productions |
Pengkarya berkait | 6ixth Sense |
Ahli | Melly Matius (Mell) Ali Haniff Akai |
Sakura Band merupakan anak didik kumpulan 6ixth Sense dan menaung dibawah syarikat mereka iaitu 6ixth Sense Production.[1][2]
KerjayaSunting
2014: Single debut dan kejayaan awalSunting
Sakura Band melancarkan single pertama mereka yang bertajuk, "Setelah Hujan" pada 2014.[1] Single "Setelah Hujan" telah dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Diandra" di TV3.[3] Seterusnya pada tahun yang sama, single kedua mereka yang bertajuk, "Pelarian" (menampilkan Adi 6ixth Sense) dilancarkan dan berjaya dicalonkan di Carta Muzik Muzik 29.[4] Singe "Pelarian" pula dimuatkan sebagai lagu tema drama "Jiwa" di TV3.[3] Pemilihan kedua-dua single ini sebagai lagu tema drama TV memudahkan Sakura Band untuk membina tapak kukuh.[3] Kedua-dua single ini turut ditampilkan di dalam album kompilasi 6ixth Sense berjudul "Sense of Love".[3]
2015 - 2016: "Melepaskanmu" dan Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, Single ke-empatSunting
Single ketiga, "Melepaskanmu" mendapat sambutan umum dan dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Bidadari" (TV3). Single tersebut turut berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, namun gagal untuk mara ke peringkat akhir.[5][6] Setakat Julai 2019, muzik video "Melepaskanmu" mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube. [7]
Pada 2016, single ke-empat Sakura Band berjudul "Polaroid" dilancarkan. Single ciptaan sepenuhnya Sakura Band ini mengetengahkan konsep yang "catchy".[1]
2017-kini: Single kelima & single MonopoliSunting
Sakura Band telah mengeluarkan single kelima bertajuk "Yakiniku" pada tahun 2017.[8] Muzik video "Yakiniku" dirakam sepenuhnya di Jepun.[1]
Pada Ogos 2018, single ke-enam Sakura Band berjudul "Magik" yang menampilkan Sophia Liana, dari kumpulan De Fam, dilancarkan.[9]
Pada 27 November 2020, Sakura Band telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu "Monopoli" di akaun youtube Universal Studio Malaysia [10].
AnggotaSunting
- Melley "Mell" Matius (Vokalis)
- Ali Ezzati Musavi Abd Malek (Gitar Pertama)
- Muhammad Haniff "Anip" Johari (Gitar Kedua)
- Mohd Haikal "Akai" Mohd Zainin (Bass)
Mell berasal dari Sabah, Malaysia dan telah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan (Wan) pada 24 November 2017.[11]
DiskografiSunting
AlbumSunting
- Sebagai artis jemputan
- Sense Of Love (2015)
SingleSunting
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2014 | Setelah Hujan | Tiada album single | OST drama "Diandra" |
Pelarian (feat. Adi 6ixth Sense) | Sense Of Love | OST "Aku Isterinya" dan drama "Jiwa" | |
2015 | Melepaskanmu | OST Drama Bidadari | |
2016 | Polaroid | Tiada album single | OST Drama Cinta Roller Coaster |
2017 | "Yakiniku" | ||
2018 | "Magik" (feat. Sophia Liana) | ||
2020 | "Monopoli" |
VideografiSunting
Muzik videoSunting
Sebagai artis utama
Tahun | Muzik video | Durasi | Pengarah |
---|---|---|---|
2014 | Setelah Hujan | 4:11 | N/A |
2015 | Pelarian (feat. Adi 6ixth Sense) | 4:27 | N/A |
Melepaskanmu | 4:34 | Nasir Mehmood Sabir Mohd | |
2016 | Polaroid | 3:46 | Lirik video |
2017 | Yakiniku | 3:19 | Azzamchemanir |
2018 | Magik (feat. Sophia Liana) | 4:18 | Johan Syahputra |
2020 | Monopoli | 5:30 | Mohd Irwan Abdul Rauf |
RujukanSunting
- ^ a b c d e "Sakura Band". Universal Music Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ "6ixth Sense fokus latih anak buah". Utusan Online. 4 Oktober 2014. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ a b c d "Album yang harus dimiliki". Berita Harian. 24 Mac 2015. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ Syanty Octavia Amry (28 Mac 2015). "Sakura Band tak meniru". Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (17 November 2015). "Bahang Anugerah Juara Lagu ke-30 mula dirasai". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ FERIDE HIKMET ATAK (6 Disember 2015). "12 Lagu Ke Final AJL30". mstar.com.my. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ "Sakura Band - Melepaskanmu (OST BIDADARI)". 24 Januari 2015. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ Sakura Band tak tergugat Harian Metro
- ^ Tajul Ariffin (9 Ogos 2018). "Kolaborasi Unik SAKURA BAND Dengan SOPHIA LIANA Dalam Lagu MAGIK". URTV. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- ^ @Sakura Band - Monopoli (Official Music Video). universal studio malaysia youtube.
- ^ Farhana Ab Rahman (24 November 2017). "Enam tahun berkawan, Wan dan Mell kini suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2019.
Pautan luarSunting
- Sakura Facebook Official facebook.com