Salahuddin Ayub
YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DGSM, DSPN,[1] (lahir 1 Disember 1961) ialah ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara[2] berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020.[3]
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Salahuddin Ayub DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
![]() | |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Yang di-Pertuan Agong | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pulai, Johor | |
Memegang jawatan 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 28,924 undi |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Simpang Jeram, Muar | |
Memegang jawatan 10 Mei 2018 | |
Sultan | Sultan Ibrahim Ismail |
Menteri Besar | Sahruddin Jamal Osman Sapian (2018-2019) |
Didahului oleh | ![]() (Sungai Abong) |
Majoriti | 7,687 undi |
Naib Presiden Pakatan Harapan | |
Memegang jawatan 2017 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Timbalan Presiden Parti AMANAH | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pontian, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 1 Disember 1961
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Fatimah Taha |
Anak-anak | 6 |
Kediaman | Johor Bahru, Johor |
Alma mater | Universiti Pertanian Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Blog |
BiodataSunting
Salahuddin bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor dan berketurunan peranakan Melayu-Cina serta sekampung dengan Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik. Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.[4]
PendidikanSunting
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.[5][6]
Kerjaya dan politikSunting
- Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.[7]
ABIMSunting
- Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
PASSunting
- Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015)[8].
- Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
- Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).
- Bertanding di kerusi Parlimen Pulai, Johor dan Dewan Negeri Nusajaya (kini dikenali sebagai Kota Iskandar) pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 namun tewas kedua-dua kerusi kepada calon Barisan Nasional.
AMANAHSunting
- Dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada tahun 2015.
- Memenangi kerusi Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
- Memenangi kerusi Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Pulai, Johor dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.
HARAPANSunting
- Dilantik sebagai Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 22 September 2015.
PengalamanSunting
- Menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006
- Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003
- Ditahan di Penjara Kajang pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan haram Ops Kriket Israel di Universiti Malaya pada 1997.[9]
- Ketua misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).
- Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.
- Anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Pembangkang | Undi | Peratus undian | Jumlah pengundi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N26 Benut P137 Sungai Benut | Salahuddin Ayub (PAS) | 4,701 | 27.20% | Salehon Sengot (UMNO) | 11,970 | 69.25% | 17,286 | 7,269 | 73.32% | ||
2013 | N49 Nusajaya P162 Gelang Patah | Salahuddin Ayub (PAS) | 20,965 | 46.58% | Zaini Abu Bakar (UMNO) | 23,166 | 51.48% | 45,120 | 2,201 | 89.90% | ||
2018 | N13 Simpang Jeram P145 Bakri | Salahuddin Ayub (AMANAH) | 14,640 | 61.62% | Mohd Radzi Amin (UMNO) | 6,953 | 29.28% | 23757 | 7,687 | 84.27% | ||
Mohd Mazri Yahya (PAS) | 2,136 | 8.99% | ||||||||||
Ahmad Hashim (Bebas) | 28 | 0.12% |
Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undian | Pembangkang | Undi | Peratus undian | Jumlah pengundi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | P24 Kubang Kerian, Kelantan. | Salahuddin Ayub (PAS) | 21,430 | 57.56% | Ahmad Rusli Iberahim (UMNO) | 15,803 | 42.44% | 38,458 | 5,627 | 81.57% | ||
2008 | Salahuddin Ayub (PAS) | 27,179 | 62.17% | Ab Ghani Mamat (UMNO) | 16,537 | 37.83% | 44,474 | 10,642 | 83.14% | |||
2013 | P161 Pulai, Johor. | Salahuddin Ayub (PAS) | 40,525 | 48.09% | Nur Jazlan Mohamed (UMNO) | 43,751 | 51.91% | 85,924 | 3,226 | 85.51% | ||
2018 | Salahuddin Ayub (AMANAH) | 55,447 | 63.81% | Nur Jazlan Mohamed (UMNO) | 26,523 | 30.52% | 88,116 | 28,924 | 82.92% | |||
Mohd Mazri Yahya (PAS) | 4,332 | 4.99% | ||||||||||
Yap Keng Tak (Bebas) | 591 | 0.68% |
AnugerahSunting
- Melaka
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2019)[17]
- Pulau Pinang
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) - Dato' (2018)[18]
RujukanSunting
- ^ Panglima ATM dahului penerima anugerah
- ^ "Kepimpinan 2015". Parti Amanah Negara. 6 September 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
- ^ "Salahuddin, Dzulkefly letak jawatan menteri". Free Malaysia Today. 24 Februari 2020.
- ^ "PAS Government stands firm". New Straits Times. 30 April 1996. Dicapai pada 22 December 2009.
- ^ "Rising star assured of PAS Youth post". The Star. Star Publications. 10 September 2003. Diarkib daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 27 Mei 2010. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Jennifer Gomez (13 Julai 2015). "'Purged' PAS leaders launch splinter movement". The Malaysian Insider. Diarkib daripada yang asal pada 13 Julai 2015. Dicapai pada 13 Julai 2015. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "PAS Names Candidates Except For Gua Musang, Jeli". Berita Wilayah Eastern Region. Bernama. 22 February 2008. Dicapai pada 27 May 2010.
- ^ http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2319&Itemid=95
- ^ Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar undi.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004 (PRU11).
- ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2013
- ^ a b "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar undi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar undi.
- ^ 165 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka
- ^ Salahuddin kini bergelar Dato'
Pautan luarSunting
Jawatan parti politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jawatan diwujudkan |
Timbalan Presiden Parti Amanah 2015 – kini |
Diikuti oleh: ' |
Didahului oleh Jawatan diwujudkan |
Naib Presiden Pakatan Harapan 2015 – kini |
Diikuti oleh: ' |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Ahmad Shabery Cheek |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia 2018-2020 |
Diikuti oleh: Ronald Kiandee |
Penyandang Terdahulu | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek |
Ronald Kiandee |