Ir. H. Salahuddin Wahid (lahir di Jombang, Jawa Timur, Indonesia, 11 September 1942 – meninggal di Jakarta, 2 Februari 2020 pada umur 77 tahun)[1] adalah salah seorang tokoh hak asasi manusia di Indonesia. Beliau adalah adik kandung mantan Presiden Abdurrahman Wahid (Gus Dur).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Wakil Ketua Komnas Hak Asasi Manusia. Bersama calon presiden Wiranto, beliau mencalonkan diri sebagai calon timbalan presiden pada pilihan raya presiden 2004. Langkahnya terhenti pada peringkat pemilihan pertama, kerana beliau menempati urutan ketiga.

  1. ^ Danu Damarjati (2 February 2020). "Innalilahi Wa Inna Ilaihi Raji'un, Gus Solah Wafat". Detik.com (dalam bahasa Indonesia).