Salak Utara

Salak Utara pada awalnya adalah sebuah kawasan Kampung Baru yang mana menempatkan Kaum Cina dibawah pengawasan pihak Polis untuk Keselamatan tempatan daripada dipengaruhi oleh pihak pengganas KOMUNIS. Di Salak Utara ini terdapat pekan kecil dan deretan kedai-kedai kecil untuk perniagaan. Kawasan Salak Utara ini berhampiran jalan utama menghala ke Ipoh. Di penghujung kawasan Salak Utara terdapat Tokong Cina diselekoh jalan menghala ke Ipoh-Kuala Kangsar.