Salam Maria, atau dalam bahasa Latin Ave Maria, ialah doa tradisional Katolik kepada Maria, bunda Yesus untuk memohonkan perantaraannya. Doa ini digunakan di kalangan Gereja Katolik Rom dan merupakan dasar dari doa rosario. Selain itu, Salam Maria juga digunakan oleh Gereja Ortodoks Timur dan Ortodoks Oriental, serta pelbagai kumpulan lainnya dalam tradisi Katolik, termasuk Anglikan, Katolik Bebas dan Katolik Lama. Sebahagian denominasi Protestan juga menggunakan doa ini. Kebanyakan dari teks Salam Maria dapat ditemukan dalam Injil Lukas.

Pirografi Bunda Maria

Sumber-sumber Alkitab sunting

Doa ini menggabungkan dua naskah dari Injil Lukas: "Salam Maria, penuh rahmat,Tuhan sertamu; terpujilah engkau di antara wanita" (Lukas 1:28) dan "terpujilah engkau di antara wanita, dan terpujilah buah tubuhmu, Yesus." (Lukas 1:42)

Di Eropah Barat pada pertengahan abad ke-13, doa ini hanya terdiri dari kata-kata ini dengan penambahan nama "Maria" selepas kata "Salam", seperti yang jelas terlihat dari tafsiran St. Thomas Aquinas tentang doa ini.[1]

Dalam tradisi Katolik Rom sunting

 

Doa Umum di Malaysia sunting

Salam Maria, penuh rahmat,
Tuhan sertamu;
terpujilah engkau di antara wanita,
dan terpujilah buah tubuhmu, Yesus.
Santa Maria, Bunda Allah,
doakanlah kami yang berdosa ini
sekarang dan waktu kami mati
Amin.

Bahasa Melayu sunting

Salam Maria,
diberkati Rahmat
Tuhan menyertai engkau.
Berbahagialah kamu antara semua wanita
Berbahagialah anak yang akan kamu kandungkan itu.
Santa Maria,
Ibu Tuhan,
Doakanlah kami para pendosa ini
Sekarang dan sehingga kami meninggal.
Amin.

Bahasa Latin sunting

Ave Maria, gratia plena,
Dominus tecum,
benedicta tu in mulieribus,
et benedictus fructus ventris tui, Iesus.
Sancta Maria, Mater Dei,
ora pro nobis peccatoribus, nunc, et in hora mortis nostrae.
Amen

Bahasa inggris sunting

Hail Mary, full of Grace,
The Lord is with thee;
Blessed art thou among women,
and blessed is the fruit
of thy womb, Jesus.
Holy Mary, Mother of God,
pray for us sinners,
now and at the hour of our death.
Amen.

Dalam tradisi Ortodoks Timur, Koptik, dan Katolik Timur sunting

Salam ya perawan Theotokos, Maria, penuh rahmat, Θεοτόκε Παρθένε, χαῖρε, κεχαριτωμένη Μαρία, (Theotoke parthene, khaire, kekharitomeni Maria)



Tuhan sertamu;ὁ Κύριος μετὰ σοῦ. (o Kyrios meta sou)



terpujilah engkau di antara wanita,εὐλογημένη σὺ ἐν γυναιξί, (evloghimeni sy en ghynaixi)



dan terpujilah Buah tubuhmu.καὶ εὐλογημένος ὁ καρπὸς τῆς κοιλίας σου



, (kai evloghimenos o karpos tis koilias sou)
Kerana engkau telah melahirkan Sang Juruselamatὅτι Σωτῆρα ἔτεκες (oti Sotira etekes)



Bagi jiwa kami.τῶν ψυχῶν ἡμῶν



. (tan psykhonimon)[2]

Lihat pula sunting

  • Devosi Maria
  • Gita puja kepada Maria
  • Mariologi
  • Tiga Salam Maria

Rujukan sunting