Salam Standard

Salam Standard

Salam Standard merupakan satu klasifikasi hotel yang memberi maklumat berkaitan “kemesraan Muslim” sesebuah hotel. Bergantung kepada ciri-ciri yang dipenuhi sesebuah hotel, hotel-hotel di bawah Salam Standard dapat diklasifisakan kepada status, gangsa, perak, emas atau platinum.[1] Sistem klasifikasi Salam Standard telah diiktiraf dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayan Malaysia (MOTAC) dan Islamic Tourism Centre (ITC)[2] dan telah dibentangkan di persindangan COMSEC di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun 2017.[3] Lebih daripada 55 000 hotel telah diklasifikasikan pada 2017.[4] Salam Standard dipelopori oleh Tripfez Travel, sebuah syarikat yang mempuyai ibu pejabat di Malaysia.[5]

Tujuan sunting

Salam Standard ditubuhkan bagi meningkatkan ketelusan, kualiti di samping menyeragamkan system klasifikasi hotel bagi pelancong-pelancong Islam.[6]

Sejarah sunting

Salam Standard telah ditubuhkan pada October 2015 oleh Faeez Fadhlillah dan Juergen Gallistl[7]. Pada April 2017, klasifikasi sistem tiga peringkat telah diperluaskan kepada sistem klasifikasi empat peringkat yang kini diguna pakai.[8]

Klasifikasi sunting

Ciri-ciri Gangsa sunting

  • 100% bilik hotel dilengkapi dengan bilik mandi
  • Sejadah bagi kegunaan umat Islam boleh didapati di dalam bilik atau diperolehi dari pihak hotel
  • Arah solat (kiblat) bagi umat Islam dipaparkan di dalam bilik atau boleh diperolehi dari pihak hotel

Ciri-ciri Perak sunting

  • Senarai restoran yang menawarkan makanan halal berdekatan dengan hotel disediakan di dalam hotel atau boleh diperolehi dari pihak hotel
  • Bar mini di dalam bilik tidak mempunyai minuman beralkohol atau boleh dikeluarkan oleh pihak hotel atas permintaan

Ciri-ciri Emas sunting

  • Hotel menawarkan makanan halal yang disahkan (sarapan atau perkhidmatan bilik)

Ciri-ciri Platinum sunting

  • Keseluhuran hotel merupakan kawasan bebas alkohol

Rujukan sunting

  1. ^ Hashem, Heba. "Salam Standard launches premium rating for Muslim-friendly hotels, develops API for mainstream plugin". Salaam Gateway. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-30. Dicapai pada 30 June 2017.
  2. ^ "Tourism Malaysia returns tot he Arabian Travel Market for the 24th year". Tourism Malaysia. Dicapai pada 30 June 2017.
  3. ^ "Salam Standard by Lagisatu Travel Sdn Bhd" (PDF). COMCEC. Dicapai pada 29 June 2017.
  4. ^ Wan, Corinne. "Salam Standard adds a premium classification scheme". Travel Weekly Asia. Dicapai pada 25 June 2017.
  5. ^ Balea, Judith. "Tripfez scores funding to focus on Muslim holidaymakers". TechInAsia. Dicapai pada 26 June 2017.
  6. ^ Kandasivam, Anushia. "Tripfez expands Salam Standards further into industry, meeting Muslim demands". Digital News Asia. Dicapai pada 30 June 2017.
  7. ^ Khan, Tahira. "Faeez Fadhlillah speaks to British Muslim Magazine about Salam Standard". British Muslim Magazine. Dicapai pada 24 June 2017.
  8. ^ Greenwood, Aaron. "Salam Standard launches hotel classification system for Muslim-friendly properties". Travel Daily Middle East. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 27 June 2017.