Salamah Basiron dengan nama penanya Hanimasra, merupakan seorang ikon muzik Pop Yeh Yeh. Beliau merupakan penulis lirik dan lagu komposer wanita pada era Pop Yeh Yeh yang terkenal. Beliau juga orang yang bertangungjawab ke atas pembangunan industri muzik melayu pada era itu.

Salamah Basiron
Kelahiran1943 (1943)
Meninggal dunia16 Februari 2008(2008-02-16) (umur 64–65)
Nama lainHanimasra
PekerjaanPenyanyi, Penulis lirik, Komposer, Penggubah lagu
Tahun aktif1964–1970

Terkenal dengan karya karya beliau yang memaparkan sebahagian besar penyanyi pop popular era Pop Yeh Yeh. Sehingga kini lagu 60 an sentuhan allahyarhamah Salamah Basiron terus menjadi "EVERGREEN", ia tetap kekal segar dan diminati ramai tidak kira peringkat usia. Ratusan lagu Pop Yeh Yeh telah dinaynyikan dan dirakamkan oleh :

  • A Ramlie & The Rhythm Boys
  • A Ramlie & The Click 4
  • A Karim Jais & The Les Fentones
  • Alina Rahman & The Bateks
  • Asmah Atan & The Teruna
  • Evelyn & The Boys
  • Evelyn & The Siglap Five
  • Fatimah H S & The Les Fentones
  • Hanimasra & The Twilites
  • Ida & The Zaraks
  • Jeffrydin & The Siglap Five
  • Juli & Zuri & The Solicitors
  • Junsi & The Les Diggerz
  • M Ishak
  • M A Maya & The Les Diggerz
  • M Rahmat & The Teruna
  • Masita Ali & The Wisata
  • P Rosnah & The Siglap Five
  • Rafeah Buang & Orkes Irama Perindu
  • Rosnani Halip
  • S Anida & The Zaraks
  • S Nadar & The Zaraks
  • Salim I & The Twilites
  • Salim I & The Wisma
  • Yusna Elmy & The Less Fairuz
  • Zam Zam & The Twilites

Beliau dilaporkan telah menghasilkan hampir 200 lagu sejak mencipta lagu dalam 1964. Bagaimanapun hanya separuh dirakam di piring hitam. Allyarhammah Salamah Basiron juga turut menyanyi dan merakamkan lagu lagu ciptaan beliau dan diiringi kumpulan The Twilites.

Pada tahun 1966, dalam rancangan terbitan Asmah Laili bertajuk Lagu Popular Minggu Ini di Radio Singapura, kumpulan A Ramlie & The Rhythm Boys dijemput mempersebahkan lagu ciptaan allahyarhamah Salamah Basiron, Hanimasra berjudul Kenangan Mengusik Jiwa dan mendapat sambutan yang menggalakkan, Selama lima tahun berturut-turut lagu Kenangan Mengusik Jiwa tersenarai di dalam carta. Kemudiannya A. Ramlie & The Rhythm Boys merakamkan senikata dan lagu ciptaan beliau, iaitu Kenangan Mengusik Jiwa dan lagu Oh Fatimah di bawah label Eagle Record sebagai EP pertama mereka yang mendapat sambutan hangat.

Allahyarhamah Salamah Basiron pernah melaporkan dalam satu temu bual di akhbar mengenai lagu Oh Fatimah dan Siti Haida yang pernah menjadi rebutan antara A. Ramlie, Jeffrydin and Ismail Kasdi. Namun akhirnya lagu Oh Fatimah telah dinyanyikan dan dirakamkan oleh A. Ramlie. Manakala lagu Siti Haida telah dinyanyikan dan diramkamkan oleh Jeffrydin.


Beliau pada akhir hayatnya menetap di Singapura. Beliau meninggal dunia pada 16 Februari 2008 pada usia 65 tahun.