Salaryman (Jepun: サラリーマン, Hepburn: Sararīman, salaried man) merujuk kepada seseorang yang pendapatannya berasaskan gaji; terutamanya mereka yang bekerja untuk perbadanan. Ia sering digunakan oleh syarikat-syarikat Jepun, dan dengan kelaziman dalam manga dan anime Jepun telah beransur-ansur membawa kepada penerimaannya di negara-negara penutur Inggeris sebagai kata nama untuk peniaga kolar putih Jepun .[perlu rujukan] Perkataan tersebut boleh didapati dalam banyak buku dan rencana yang berkaitan dengan budaya Jepun. Sejurus selepas Perang Dunia II, menjadi seorang Salaryman telah dilihat sebagai pintu masuk kepada gaya hidup yang stabil, kelas pertengahan. Dalam penggunaan moden, istilah ini dikaitkan dengan waktu kerja yang panjang, prestij rendah dalam hierarki korporat, ketiadaan sumber-sumber penting pendapatan selain daripada gaji, penghambaan bergaji, dan karōshi. Istilah salaryman merujuk secara eksklusif kepada lelaki dan untuk merujuk wanita istilah career woman digunakan.

"Sararīman" menaiki kereta api mereka setiap hari untuk bekerja di kawasan metropolitan Tokyo.