YB Dato' Salbiah Mohamed adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Temenggor yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1]

YB Dato'

Salbiah Mohamed

DPMP (Perak)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Memegang jawatan
22 November 2022
Menteri BesarSaarani Mohamad
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Temengor
Memegang jawatan
2013
Didahului oleh Hasbullah Osman
Majoriti1,048 (2022)
3,935 (2018)
3,215 (2013)
Ketua Wanita UMNO Perak
Memegang jawatan
2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua Wanita UMNO PusatNoraini Ahmad
Butiran peribadi
Lahir (1978-05-07) 7 Mei 1978 (umur 45)
Gerik, Perak
Parti politik UMNO
PasanganMohd Faizal Malek
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik

Salbiah Mohamed merupakan ADUN Temengor sejak 2013 juga bekas Ketua Puteri UMNO Perak.

Beliau berasal dari Gerik merupakan anak kelima dari 11 beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Adika Raja, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik dan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Hartanah.

Seterusnya pada 2004, beliau dilantik Ketua Puteri UMNO Bahagian Gerik dan tahun 2013, diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Perak juga EXCO Puteri Malaysia.

Ibu kepada empat cahaya mata ini, isteri kepada Mohd Faizal Malek, pernah menjadi Penyelia Perhubungan KEMAS DUN Pengkalan Hulu dan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Perak pada 2014 hingga 2019.

Dalam jawatan politik pula, kini beliau dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Negeri Perak dan juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik sejak 2013.

Anak kepada pasangan Mohamed Mahmud dan Saedah Bali ini telah dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perak tahun 2017.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,823 undian ketika menentang Md Pozi Md Sani daripada parti Gagasan Sejahtera (Pas) yang mendapat 3,888 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,935.

Kerjaya sunting

  • ADUN Temengor (2018-kini)
  • Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (2014–2019)    
  • Penyelia Perhubungan KEMAS DUN Pengkalan Hulu (2007–2010)
  • Pembantu Khas kepada ADUN Kenering, Datuk  Seri Tajol Rosli Ghazali (2001-2007)

Jawatan dalam politik sunting

  • Ketua Wanita UMNO Negeri Perak
  • Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik (2018-kini)     
  • Ketua Puteri UMNO Perak (2008–2018)
  • Ketua Puteri UMNO Bahagian (2004-2018)

Anugerah sunting

Pendidikan sunting

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Hartanah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik (1995)
  • Sekolah Kebangsaan Adika Raja (1990)

Rujukan sunting