Buka menu utama

Salem (AFA: /ˈseɪləm/) ialah ibu negeri Oregon, Amerika Syarikat di Daerah Marion.

Salem, Oregon
Bandar Salem
Bangunan Negeri Oregon dan pusat bandar Salem
Bangunan Negeri Oregon dan pusat bandar Salem
NegaraAmerika Syarikat
NegeriOregon
Keluasan
 • Jumlah48.45 batu persegi (125.48 km2)
Ketinggian
153.2 ft (46.7 m)
Penduduk
(2010)
 • Jumlah154,637
 • Kepadatan3,228/batu persegi (1,246.5/km2)
Zon waktuUTC-8 (PST)
 • Musim panas (DST)UTC-7 (PDT)
Laman webhttp://www.cityofsalem.net/

Salem terletak di Lembah Willamette utara tengah, di Daerah Polk and Marion. Berdasarkan bancian pada tahun 2010, terdapat 154637 orang penduduk, iaitu 57290 rumah tangga dan 36261 keluarga yang menghuni bandar ini.[1] Salem ditadbir dengan model kerajaan majlis-pengurus. Kerajaan negeri ialah pemberi pekejeraan terbesar di Salem, tetapi bandar ini juga merupakan pusat bagi masyarakat pertanian dan pusat pemprosesan makanan hasil pertanian.

Salem mempunyai 1 akhbar harian, iaitu Statesman Journal dan akhbar alternatif Salem Weekly yang diterbitkan setiap 2 bulan. Gunung Berapi Salem-Keizer, iaitu pasukan besbol liga kecil, bermain di bandar Keizer yang bersambungan dengan Salem di utara. Jabatan Operasi Taman Perkhidmatan Masyarakat di Salem bertanggungjawab mengurus sistem taman yang merangkumi 758 hektar dengan 47.52 km jalan, 46 taman dan 55 lagi kawasan luas yang tidak dibangunkan.

RujukanSunting

  1. ^ "American FactFinder". United States Census Bureau. Dicapai December 21, 2012.