Salima Habibi

(Dilencongkan dari Salima)


Nor Salima binti Habibi atau lebih dikenali sebagai Salima (lahir 1 Januari 1988 Kuala Kangsar, Perak) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Ipoh, Perak.

Salima AF4
Latar belakang
Nama lahirNor Salima bt Habibi
Kelahiran (1988-01-01) 1 Januari 1988 (umur 36)
Berasal dariMalaysia Ipoh, Perak
GenrePop Etnik, Irama Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Maestro

Penyanyi kegemarannya ialah Pascale Machaalani, Siti Nurhaliza dan bapanya sendiri-Habibi. Pelakon kegemarannya pula ialah Sheila Rusly, Fauziah Nawi, Kartina Aziz, Rita Rudaini, Zulzuhaimi Marzuki, Rosyam Nor, Hans Isaac, Afdlin Shauki. Gadis bertudung manis ini terlalu manja dengan adik kecilnya. Seorang yang sangat peramah dan anda pasti terpukau dengan gaya bicaranya yang kental jiwa Arabnya.

Maklumat lain sunting

Makanan Kegemaran : Mexican bun dan chicken chop
Minuman Kegemaran : Teh o limau suam
Filem Kegemaran : Pontianak Harum Sundal Malam 2
Lagu Kegemaran : Nirmala
Hobi : Menyanyi dan bercakap seorang diri
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 165 cm
Berat : 54 kg
Bangsa : Melayu

Penglibatan Akademi Fantasia sunting

Salima diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada dua belas orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Salima telah tersingkir pada Konsert ke-5. Seterusnya, Salima diserap masuk bersama tujuh peserta yang lain tetapi beliau tidak berjaya untuk masuk ke peringkat akhir bersama empat finalis yang lain.

Lagu-lagu yang didendangkan oleh Salima sewaktu berada di Akademi Fantasia sunting

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelude : Syurga Di Telapak Kaki Ibu - nyanyian asal oleh Aishah
  • Konsert Pertama : Apa Guna Berjanji - nyanyian asal oleh Saloma
  • Konsert Kedua : Kushiyon Aur Gham - nyanyian asal oleh Udit Narayan & Anuradha Paudwal(OST Mann)
  • Konsert Ketiga : Obsesi - nyanyian asal oleh Juliana Banos
  • Konsert Keempat : Senandung Hidup Berbudi - nyanyian asal oleh Ramli Sarip
  • Konsert Kelima : Because Of You - nyanyian asal oleh Kelly Clarkson
  • Konsert Kesembilan : Nour El Chams - nyanyian asal oleh Pascale Machaalani

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting