Salina 2 (drama)

drama romantik yang disiarkan di TV3 pada 2005

Salina 2 adalah merupakan drama romantik yang disiarkan di TV3 pada 2005. Drama ini juga merupakan kesinambungan daripada drama Salina musim pertama pada 2004. Dibintangi oleh Sabrina Ali, Fahrin Ahmad, Ako Mustapha, Catriona Ross, Jalaluddin Hassan, Aida Radzwill, Azean Irdawaty dan ramai lagi.

Salina 2
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Konflik
Dibintangi oleh
Sabrina Ali
Fahrin Ahmad
Ako Mustapha
Catriona Bahrin Ross
Jalaluddin Hassan
Aida Radzwill
Azean Irdawaty
Lagu pembukaan"Kita Rasa Cinta" nyanyian Quest
Lagu penutup"Kita Rasa Cinta" nyanyian Quest
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2005
Kronologi
Rancangan berkaitan
Salina

Sinopsis sunting

Kehidupan rumahtangga Salina dan Kamal semakin bahagia apabila mereka kini telah dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan hidup mereka. Namun, bekas tunang Salina, Badly masih tidak dapat melupakan Salina dan masih terus merayu Salina untuk kembali kepadanya walaupun dia kini sudah menjadi adik ipar Salina. Hal ini membuatkan Salina dan adiknya, Caterina sering berselisih faham disebabkan Caterina menyangka bahawa Salina masih menyimpan perasaan terhadap Badly. Kamal kini semakin diterima oleh ahli keluarga Salina kecuali ayah Salina. Ini kerana ayah Salina berasa marah dan berasa tertipu disebabkan sehingga sekarang perkahwinan Salina dan Kamal masih kekal bertahan. Dia masih mengharapkan agar Kamal segera menceraikan Salina kelak. Maka bermulalah konflik dalam rumahtangga Salina dan Kamal yang disebabkan oleh Badly dan ayah mereka.

Pelakon sunting

Trivia sunting

Sabrina Ali menggantikan Sharifah Haslinda bagi melakonkan watak Salina bagi sequel drama kali ini disebabkan Sharifah Haslinda telahpun mengambil keputusan untuk berehat daripada aktif dalam bidang lakonan tanah air sebelum ini, dimana Salina musim pertama adalah merupakan drama lakonannya yang terakhir.

Rujukan sunting