Mohd Salleh bin Hj. Ramli yang dikenali juga sebagai Soleh Hijjaz (1 Januari 1973 – 15 Februari 2001) merupakan anggota Hijjaz. Beliau pernah juga menganggotai kumpulan The Zikr, sebelum terjun ke arena nasyid kontemporari bersama Hijjaz.[1].

Salleh bin Ramli
Juga dikenali sebagai
Salleh Hijjaz
Kelahiran(1973-01-01)1 Januari 1973
Malaysia Malaysia
Meninggal dunia15 Februari 2001(2001-02-15) (umur 28)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1998-2001
Pengkarya berkait
Kumpulan Hijjaz

Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1973 dan merupakan anak jati Kluang, Johor. Semasa hayatnya, beliau amat berminat dalam bidang komputer, jadi beliau mengkhususkan dalam bidang komputer grafik kerana beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pereka grafik profesional. Beliau telah pergi menghadap Ilahi pada 15 Februari 2001 ketika beliau berusia 28 tahun akibat radang paru-paru, meninggalkan 3 orang rakannya yang lain iaitu Munif, Isman dan Faizal. Namun begitu, tempat beliau dalam Hijjaz telah digantikan oleh Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim.

Beliau mula menganggotai kumpulan nasyid popular itu sejak 1997 dan sehingga 2001, berjaya menghasilkan sembilan album (termasuk album kompilasi dan album karaoke) termasuk Cahaya Ilahi, Keizinan Mu, Pelita Hidup dan Rindu. Allahyarham juga terbabit dalam penerbitan MTV Karaoke - Lagu Terbaik Hijjaz, selain Junjungan Mulia I, Junjungan Mulia II dan Fitrah. Ketika bersama Hijjaz, Allahyarham juga menjayakan Konsert Kerana Mu Kosovo 1999 anjuran Gabungan Kumpulan Nasyid Malaysia di Stadium Negara yang diiktiraf sebagai konsert nasyid terbesar di negara ini pada ketika itu. Selain menyanyi, Allahyarham turut menggubah lagu dan menulis lirik, selain berpengalaman dalam proses penerbitan album bagi kumpulan nasyid kontemporari yang baru terutamanya In-Team.

Lagu Di Sinilah Kita gubahan beliau dan Allahyarham Azahari Ahmad Raihan yang pernah dimuatkan semasa dalam kumpulan The Zikr dirakam kembali oleh kumpulan nasyid In-Team dalam album pertama mereka Kasih Kekasih (2000)

Mohd Salleh disemadikan di tanah perkuburan Islam raudhatul sakinah felda semenchu, Johor

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  1. Penyanyi kumpulan Hijjaz meninggal dunia