Salmah Andi Asis (lahir 9 April 1990) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali apabila terpilih sebagai salah seorang peserta Mentor musim ke-5 di bawah bimbingan Erra Fazira, sekaligus dinobatkan sebagai juara.[2][3] Salma juga merupakan seorang penyanyi yang sering menyanyikan lagu dengan nada - nada tinggi , pada kemunculan pertamanya dia ajl32 ramai beranggapan bahwa dia boleh memenangi vocal terbaik namun dia dikalahkan dengan ernie zakri dan syamel salma juga hanya memperoleh tempat kedua diikuti dengan dayang murfaizah di tempat ketiga. Pada tahun 2022 , Salma Asis membuat kemunculannya dalam pertandingan nyanyian iaitu All together now yang disiarkan di astro warna , dan Salma menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Celine Dion “ All by myself “ namun dia tidak mendapat tempat dan hanya memperoleh 60+ kerusi sahaja hal ini juga membuatkan salma semakin jauh ketinggalan . Ramai peminat Salma mendoakan agar beliau menyertai Gegar Vaganza 11 supaya beliau boleh terus berkarya semula.

Salma Asis
Nama lahirSalmah binti Andi Asis
Kelahiran (1990-04-09) 9 April 1990 (umur 33)
Tawau, Sabah, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Erra Fazira, Azri Abdullah

Kerjaya sunting

Salma telah mengikuti ujibakat Mentor musim kelima, yang antara lain turut disertai oleh Aiman Hakim Ridza dan terpilih sebagai anak didik Erra Fazira.[4][5] Beliau berjaya menempatkan diri ke Top 3 konsert akhir bersama-sama Iqa (protege Edry Abdul Halim) dan Shiha Zikir (protege Sharifah Aini). Di konsert minggu akhir, Salma telah memperdengarkan lagu baru, "Aku Permata" dan berjaya merangkul gelaran juara dengan markah tertinggi sebanyak 85 markah dan 3.25 juta undian SMS penonton.[6]

Selepas tamat Mentor 5,[7] Salma melancarkan single sulung rasmi, "Seruan Jiwa" pada 2013,[8] ini kemudian diikuti oleh "Maafkan" pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2016, Salma menyertai rancangan realiti nyanyian 3 Juara.[9][10] Bila ditanya pada Ajai kenapa Salma dipilih, Ajai menjelaskan, Salma tidak mempunyai single lagu yang meletup kerana beliau ingin mengembangkan bakat Salma dengan memberi peluang kepada Salma.

Pada malam akhir konsert 3 Juara, Salma yang memenangi juara genre Balada turut bersaing dengan juara daripada genre Rock iaitu Kudien dan juara daripada genre Irama Malaysia iaitu Azizul untuk merebut gelaran juara keseluruhan.[11] Beliau menjuarai keseluruhan kategori dan membawa pulang hadiah kemenangan RM 100,000.00.[12][13]

Beliau muncul dengan single "Akhirnya Cinta" pada Oktober 2017.[14] Lagu ini layak dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-32.[15][16]

Pada Januari 2019, Salma muncul dengan single terbaharu, "Stop Love" hasil nukilan Ajai.[17] Ia menjadi lagu rancak pertamanya.[18]

Mentor (musim 5) sunting

Berikut ialah senarai persembahan Salma dalam Mentor 5:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pengenalan "Rindu Bertamu Kalbu" Jaclyn Victor SELAMAT
Minggu 2 Battle Pusingan pertama
Solo: "Yang Terindah Hanya Sementara"
Duet (bersama Erra Fazira): "Cemburu", "Jendela Hati", "Pertemuan"
Erra Fazira SELAMAT
Minggu 3 Pusingan kedua
Solo: "Bukan Milikmu Lagi"
Duet: "Rama-Rama" (bersama Ratnah)
Agnes Monica
Ella
Minggu 4 Pusingan ketiga
Solo: "Kopi Dangdut"/"Kabhi Khushi Kabhi Gham"
Duet: "Jeritan Batinku" (bersama Azlan & The Typewriter)
Fahmi Shahab
Lata Mangeshkar
Azlan & The Typewriter
Minggu 5 Suku Akhir "Unbreak My Heart"
"Sangkar Cinta"
Toni Braxton
Ziana Zain
SELAMAT
Minggu 6 Separuh Akhir "Sedalam Mana Cintamu" Safura Yaacob SELAMAT
Minggu 7 "Nirmala"
"Mimpi Laila"
Siti Nurhaliza
Yasin Sulaiman
Minggu 8 Akhir Solo: "Listen"
Duet: "Cinta"/"Rindu" (bersama Jaclyn Victor)
Beyoncé Knowles
Misha Omar dan Jaclyn Victor
JUARA

Kehidupan peribadi sunting

Salma telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai tiga anak daripada kedua-dua perkahwinan tersebut.[19][20] Beliau berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9, Muhammad Azri Abdullah pada 31 Januari 2015.[21] Pada tahun 2017, Azri menerima hukuman penjara selama 14 hari atas tuduhan mencederakan anak tirinya, Puteri Nurul Huda, iaitu anak sulung Salma dari perkahwinan terdahulu.[22][23] Salma dan Azri bersanding sekali lagi pada Mac 2019.[24]

Diskografi sunting

Single
Tahun Lagu Catatan
2011 "Aku Permata" Single Finale Mentor 5
2013 "Seruan Jiwa" Single
2014 "Maafkan"
2015 "Jiwa Bersatu" Duet bersama Azri Abdullah
2017 "Akhirnya Cinta" Single Finale 3 Juara
2019 "Stop Love" Single
2023 "Akira" Duet bersama Ezad Lazim (ost Akira Khan)

Filemografi sunting

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Mentor (musim 5) Dirinya sendiri/Peserta TV3
2016 3 Juara

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (26 Februari 2017). "Salma cuma fokus nyanyian". Harian Metro. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  2. ^ Wahida Othman (30 Mei 2011). "Salma dinobat juara Mentor 5". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2011. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  3. ^ Rudy Imran Shamsuddin (16 Jun 2013). "Salma kini lebih yakin". Metro Ahad. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  4. ^ Budiey (6 Mac 2011). "Salma dapat pujian melambung di Konsert Mentor 5". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  5. ^ Norliza Mohamad Zakaria (12 Mac 2011). "Permulaan meyakinkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-15. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  6. ^ Siti Azira Abdul Aziz (30 Mei 2011). "Salma, juara Mentor 5 raih 3.25 juta undian SMS penonton". mStar Online. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  7. ^ Wahida Othman (5 Ogos 2011). "Salma terpinggir?". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2011. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  8. ^ "Tampil imej baru". Harian Metro. 6 Jun 2013. Dicapai pada 22 Februari 2014.
  9. ^ Zaidi Mohamad (11 Oktober 2016). "Salma antara 24 peserta program 3 Juara". Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  10. ^ Mohd Al Qayum Azizi (13 Oktober 2016). "Salma Mentor tidak anggap masalah sertai 3 Juara". mStar Online. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  11. ^ Ifqdar Rahman (9 Januari 2017). "Kudien, Azizul dan Salma ungguli 3 Juara". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-09. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  12. ^ Hidayah Mohamad (17 Jun 2017). "Langkah kedua Salma". Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  13. ^ Zaidi Mohamad (15 Januari 2017). "Salma menang pentas epik 3 Juara". Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  14. ^ Budiey (26 Oktober 2017). "Salma lancar muzik video Akhirnya Cinta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  15. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 November 2017). "Akhirnya Cinta ada kekuatan tersendiri". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Februari 2018). "Janji buat lebih bagus". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  17. ^ Fatin Farhana Ariffin (8 Julai 2020). "Rupa paras ukuran populariti". Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  18. ^ Kamaruddin Razal (30 Ogos 2019). "Single rancak kurang dapat sambutan, Salma bakal tampil dengan projek duet bersama". Astro Gempak. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  19. ^ Syafil Syazwan Jefri (9 Disember 2018). "Hilang penat lihat muka anak". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2019.
  20. ^ Siti Azira Abdul Aziz (12 April 2011). "Salma (Mentor 5) akan jelaskan status ibu tunggal". mStar Online. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  21. ^ Budiey (3 Februari 2015). "Salma Mentor dan Azri AF9 sah nikah jadi suami isteri". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Februari 2015.
  22. ^ Kemalia Othman (21 April 2018). ""Semoga suamiku tabah" - luahan Salma bikin netizen sebak". mStar Online. Dicapai pada 21 Februari 2019.
  23. ^ Kamaruddin Razal (18 April 2017). "Salma: Takkan saya nak biarkan anak saya kena dera". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  24. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 November 2018). "Salma, Azri naik pelamin lagi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Februari 2019.

Pautan luar sunting