Salmah Ahmad
Rencana ini tidak memberikan konteks yang mencukupi kepada yang tidak kenal dengan subjek ini.(Julai 2016) |
Salmah Binti Lagio atau lebih dikenali sebagai Salmah Ahmad merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an.[1] Salmah Binti Lagio dilahirkan di Jalan Ibrahim, Johor Bahru.
Salmah Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | Salmah Binti Lagio 7 September 1937 |
Nama lain | Salmah Ahmad |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1957–1964 |
Salmah dilahirkan pada 7 September 1937 di Johor Bahru.[2] Ketika berusia 17 tahun, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu. Selepas itu beliau terpilih untuk membintangi film Pontianak, yang dihasilkan oleh Cathay Keris pada tahun 1957.
Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1960, beliau menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.
Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka adalah "Tun Teja" yang diarah oleh L. Krishnan, dan diikuti dengan "Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payung, Ibu Ayam, Anak Manja” dan lain-lain".
Filem terakhir beliau adalah "Tun Mandan" arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan.
FilemografiSunting
FilemSunting
- Juwita (1951)
- Pontianak (1957)
- Dendam Pontianak (1957)
- Sumpah Pontianak (1958)
- Orang Minyak (1958)
- Jula Juli Bintang Tiga (1959)
- Rasa Sayang Eh (1959)
- Satay (1959)
- Tun Tijah (1960)
- Noor Islam (1960)
- Selendang Merah (1962)
- Siti Payung (1962)
- Keris Sempena Riau (1962)
- Ibu Ayam (1963)
- Anak Manja (1963)
- Tun Mandan (1964)
AnugerahSunting
Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007 | Festival Filem Malaysia | - | Diri Sendiri | Artis Veteran |
1965 | Noor Islam | Aktres Terbaik | Menang |