Salor merupakan sebuah daerah di dalam Jajahan Kota Bharu yang ditadbir oleh seorang Penggawa lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Daerah Salor mempunyai 7 mukim penghulu dan 5 mukim Imam yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kelantan mengikut sempadan-sempadan yang ditetapkan Salor terletak didalam laluan dari ibu negeri Kelantan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli dan utara negeri-negeri di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Salor terletak dalam Parlimen Kubang Kerian

Mukim Penghulu dalam Daerah Salor adalah Mukim Telok Kandis, Mukim Padang Sakar, Mukim Betong, Mukim Seberang Pasir Mas, Mukim Aur Duri, Mukim Keladang, dan Mukim Padang Tengah. Manakala Mukim Masjid pula terdiri daripada Mukim Salor, Mukim Padang Chenok, Mukim Seberang Pasir Mas, Mukim Pengkalan Kubor dan Mukim Padang Tengah

Pejabat Penggawa Daerah Salor terletak di Mukim salor yang dikenali sebagai kawasan Kedai Salor, kawasan kedai salor merupakan pekan asal dan tempat kegiatan ekonomi bagi penduduk di daerah Salor pada satu ketika dahulu.

Sejarah sunting

Kampung Salor ialah sebuah kampung yang terkenal dari sejak dahulu lagi. Asal nama Salor adalah dari saluran taliair yang wujud untuk mengairi sawah-sawah di kawasan sekitar. Saluran ini bermula dari Kemubu hingga Kampung Teluk Kandis di Cabang Tiga.


Dari segi sejarah, Salor ini pernah mempunyai raja-raja yang memerintah. Raja Pertama bernama Long Muda iaitu anakanda Yang Di-Pertuan Long Yunus. Baginda menjadi Raja Salor pertama selepas dianugerahkan oleh kekanda Baginda iaitu Sultan Muhammad I selepas selesai dari peritiwa Perang Kelantan-Terengganu pada tahun 1801. Pemerintahan raja-raja Daerah Salor tidak lama, berakhir apabila berlaku pembunuhan keatas Tuan Kuning, Raja Salor ketiga dan seluruh keluarganya pada penghujung dekad 1840-an kerana salah faham oleh Raja Kota Bharu terhadap Putera Raja Salor semasa pesta laga lembu. Raja Pemerintah Kelantan pada waktu itu iaitu Sultan Muhammad II atau Sultan Mulut Merah.

Dari segi perkembangan pula, Salor pernah menjadi pusat perniagaan daerah yang maju dikunjungi oleh para peniaga dan orang ramai dari jauh mahupun dekat. Kampung Salor mempunyai sawah padi yang luas terbentang, sesayup mata memandang dari hujung ke hujungnya. Ia pernah menjadi pusat perkembangan syiar Islam di mana pada masa dahulunya pernah terdapat beberapa orang tok guru yang terkenal. Kampung Salor pernah menjadi wadah pertumbuhan yang subur kepada seni budaya tradisional negeri Kelantan.

 
Logo SMK Salor

Pendidikan sunting

Rujukan sunting