Berita RTM

Rangkaian berita televisyen kerajaan Malaysia
(Dilencongkan dari Saluran Berita RTM)

Berita RTM ialah saluran televisyen percuma di Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD) pada 25 Jun 2020 memulakan siaran rasmi dengan rancangan Pelancaran Saluran Berita RTM mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah Berita Perdana mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi MYTV saluran 123.[2][3] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Majlis pelancaran Berita RTM telah rasmi majlis pelancaran oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[5][6] Moto utamanya ialah Saluran Informasi (tayangan serentak dan bersama TV1). Berita RTM telah secara rasmi menanda tayangan serentak dan bersamaan dengan TV1.

Berita RTM
NegaraMalaysia
Singapura
Brunei
Thailand
Indonesia
Filipina
Kawasan siaran
Ahli gabunganTV1
SloganSaluran Informasi (tayangan serentak dan bersama TV1)
Ibu pejabatWisma Berita RTM, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Sejarah
Dilancarkan25 Jun 2020; 3 tahun yang lalu (2020-06-25)
(siaran rasmi)
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 123 (HD)
Media penstriman
MYTVMYTV Mana Mana
RTMKlikTonton secara langsung

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Berita RTM kini bersiaran di MYTV saluran 123 dalam format HD (definisi tinggi).

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk berita seperti Berita Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC News.

Pada mulanya, Saluran Berita RTM menggunakan nama panggilan Berita RTM hanya digunakan semasa dalam siaran di RTM.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTM, RTM Klik, MYTV Mana Mana dan di Youtube.

Tampilan dan wajah baharu sunting

Berita RTM telah diberi nafas wajah dan penampilan baharu sehingga dirombak semula dengan wajah baharu kedua-dua suapan untuk rasa yang lebih kontemporari dengan definisi tinggi ultra studio televisyen keras baharu dan logo televisyen baharu yang direka wajah baharu keseragaman telah dibuka secara rasmi sempena ulang tahun RTM dan Orkestra RTM yang ke-78 dan ke-63 pada 1 April 2024. Rupa baharu juga memperkenalkan semua program berita televisyen ia bumper untuk semua program media di masa depan stesen ident dilancarkan semula telah dibuka secara rasmi sempena ulang tahun RTM dan Orkestra RTM yang ke-78 dan ke-63 pada 1 April 2024.

Kandungan rancangan sunting

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 8 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Bajau (Sabah), Dusun (Sabah), Kadazan (Sabah) dan Iban (Sarawak). Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[7] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[8][9] Pada 29 Oktober 2021, siaran Berita Wilayah di Berita RTM telah direhatkan sementara untuk memberi laluan kepada siaran langsung pembentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Lagu kebangsaan sunting

Pada pukul 5:58 atau 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen televisyen kebangsaan dan serantau RTM (TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6) lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Rancangan Tambahan sunting

Bual bicara sunting

  • Diari Rawat atau lebih dikenali sebagai Bicara Diari Rawat (Tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Naratif (tayangan serentak di TV1)
  • Cuit Sikit Jangan Sentap (tayangan serentak di TV1)
  • Selamat Pagi Malaysia (tayangan serentak di TV1)
  • Lensa IPT (tayangan serentak di TV1)
  • Vasantham (tayangan serentak di TV2)
  • What Say You (tayangan serentak di TV2)
  • Selamat Malam Malaysia (tayangan serentak di TV1)
  • Fresh Brew (tayangan serentak di Okey)
  • Bual Konti/Conty Chat (tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Politikonomi (2019-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Pengguna (2019-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Bicara Inspirasi (2019-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Glosari (2020-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Cerita Kita (2020-2021) (tayangan serentak di TV1)
  • Seleksi Konti Radio RTM (tayangan serentak di TV1)
  • Pesona XY (2019-2023) (tayangan serentak di TV1)

Bual bicara niaga sunting

Rancangan khas sunting

  • Bicara Khas (tayangan serentak di TV1)
  • Hari Kebangsaan Malaysia (secara langsung dan tayangan serentak bersama TV1)
  • Perutusan Khas bersama Y.A.B Perdana Menteri
  • Naratif Khas

Sidang Media sunting

  • Sidang Media bersama YAB Perdana Menteri
  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan & Menteri Kesihatan
  • Sidang Media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • Sidang Media bersama Menteri Pendidikan
  • Sidang Media bersama Menteri Pertahanan
  • Sidang media bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Parlimen sunting

  • Langsung Dari Parlimen (tayangan serentak di TV1)

Jenis berita Berbahasa Melayu dan Inggeris sunting

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini bersiaran satu jam secara maksimum atau setengah jam dan berita berbahasa Inggeris bersiaran selama setengah jam. Kesemua berita ini disiarkan di Berita RTM, TV1 dan TV2.

Berita Pagi (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7:00 hingga 7:10 pagi setiap hari selama 10 minit bermula 1 Oktober 2023. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Pagi.

Berita Pagi Sabah (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Pagi Sabah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sabah yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 7:10 hingga 7:20 pagi setiap hari selama 10 minit bermula 1 Oktober 2023.

Berita Pagi Sarawak (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Pagi Sarawak merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sarawak yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:20 hingga 7:30 pagi setiap hari selama 10 minit bermula 1 Oktober 2023.

Stadium RTM (TV1, Sukan RTM dan Berita RTM) sunting

Stadium RTM merupakan sebuah rancangan berbentuk berita sukan berbahasa Melayu yang disiarkan pada jam 7:30 hingga 7:40 pagi setiap hari bermula 1 Oktober 2023. ia memaparkan berita-berita sukan dari dalam dan luar negara.

World Today (TV2 dan Berita RTM) sunting

World Today merupakan rancangan berbentuk siaran berita berbahasa Inggeris mengenai perkembangan luar negara yang disiarkan pada setiap hari pada jam 12:30 tengah hari bermula 1 Oktober 2023. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai TV2 News.

Berita Tengah Hari (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan bermula pada jam 1:00 tengah hari pada setiap hari Sabtu hingga Khamis. Manakala pada setiap hari Jumaat jam 12:00 tengah hari di TV1 sahaja. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Hari.

Berita Semasa (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Semasa merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari (kecuali jumaat), jam 3:00 petang dan jam 4:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.

Parlimen Semasa (TV1 dan Berita RTM) sunting

Parlimen Semasa merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 4:00 petamg setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan.

Berita Wilayah (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Wilayah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita Bahasa Melayu yang disiarkan pada jam 5:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari.

Berita Wilayah memaparkan perincian berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Petang.

Perincian berita dari Sabah dan Sarawak adalah tetap, manakala slot berita dari Wilayah Timur, Wilayah Barat, Wilayah Selatan, Wilayah Utara, Labuan dan Kompleks Islam Putrajaya disiarkan secara rawak setiap hari.

Antara penyampai Berita Wilayah ; Nurul Zahira Radzi, Sahee Samsuddin, Nurul Zamre, Nurul Hidayah Nawai, Vanessa Mering, Eneycia Doulus, Suaran Shah, Buma Weyine dan Ritah Aloysious.

Kanta 744 Pagi dan Kanta 744 Malam (TV1 dan Berita RTM) sunting

Kanta 744 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita Bahasa Melayu yang disiarkan pada jam 7:44 malam setiap hari bermula 15 Mac 2023.

Namun, bermula 1 Oktober 2023, Kanta 744 juga bersiaran pada pukul 7:44 Pagi.

Kanta 744 Malam sahaja yang akan menyiarkan segmen khas bertajuk "Biar Betul!". Sebuah program mengenai tangkis fitnah semak kesahihan. Segmen ini akan membanteras berita palsu, berita fitnah kepada berita baik dan berita sahih. Dibawakan juga dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dan di bawah Kementerian Komunikasi.

Penyampai Kanta 744 adalah Syairul Islam Basmullah, Nurul Zahira Radzi, Otto Othman, Nurul Hidayah Nawai, Faiz Syahirah Nizam dan Iffah Hazim.

Berita Perdana (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam hingga 8:30 malam setiap hari dalam masa 30 minit. Ia memaparkan berita-berita dari dalam negara sahaja, Berita Perdana juga memgambil kira keperluan keseluruhan masyarakat dan menampilkan terjemahan berita melalui seorang Jurubahasa Isyarat (JBI) yang terletak di bawah kanan skrin televisyen. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Malaysia dan Berita Nasional Malam.

Selain itu, Berita Perdana juga mempunyai segmen H-Klik dan Stadium RTM Sebelum ini dikenali sebagai B-Diva dan Edisi Sukan, bermula pada 1 April 2023.

Malaysia Tonight (TV1 dan Berita RTM) sunting

Malaysia Tonight merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana dalam berbahasa Inggeris yang disiarkan pada jam 8:30 malam. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Ia dikenali sebagai TV1 News.

Berita Parlimen (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:15 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan.

Dunia 10 Pagi (TV1 dan Berita RTM) sunting

Dunia 10 Pagi merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap hari pada jam 10:00 pagi bermula 1 Oktober 2023. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Jam 10 dan Berita Dunia.

Dunia 10 Malam (TV1 dan Berita RTM) sunting

Dunia 10 Malam merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10:00 malam bermula 1 Oktober 2023. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Jam 10 dan Berita Dunia.

Berita Tengah Malam (TV1 dan Berita RTM) sunting

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:00 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Berita Nasional Tengah Malam.

Jenis berita Berbahasa lain sunting

Berita Mandarin (TV2 dan Berita RTM) sunting

Berita Mandarin merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Mandarin yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari dan 7:00 malam setiap hari. Berita nama Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

Berita Tamil (TV2 dan Berita RTM) sunting

Berita Tamil merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Tamil yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:30 malam setiap hari. Berita nama Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan. Manakala di Saluran Berita RTM, Berita Tamil cuma siaran hingga 7.43 malam kerana memberi laluan kepada Kanta 744.

i-Kadazan (OKEY dan Berita RTM) sunting

i-Kadazan merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Kadazan yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 10:30 pagi setiap hari.

i-Iban (OKEY dan Berita RTM) sunting

i-Iban merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Iban yang disiarkan dua kali iaitu Setiap Hari jam 10:45 pagi dan 6:30 petang.

i-Bajau (OKEY dan Berita RTM) sunting

i-Bajau merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Bajau yang ke udara sekali sahaja yang pada jam 2:00 petang setiap hari.

i-Dusun (OKEY dan Berita RTM) sunting

i-Dusun merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Dusun yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 6:45 petang setiap hari.

Penyampai Berita sunting

Penyampai Terkini sunting

  • Abang Moasili Abang Abdul Samad
  • Andy Reza Rohadian
  • Azam Hussain
  • Buma Weyine
  • Brandon Lipaul
  • Budi Citawan
  • Daryl Baptist
  • Debbie Amanda Padan
  • Denis Primus
  • Emran Azmie Rosli
  • Farhatul Aishati Othman
  • Faiz Syahirah Nizam
  • Faris Izzat Shaharudin
  • Farizie Morinding
  • Fiona Benard Baikan
  • Firdaus Arasy Idris
  • Hariharan Shanmuganathan
  • Hazel Desmond
  • Iffah Hazim
  • Ivan Toh (kini bersama NTV7)
  • Jessica Lee
  • Letchumi Sandraj
  • Lidya Yusreena Abdul Ellias
  • Margaret Gambang
  • Miza Eusni Muhamed
  • Mohan Chinnasamy
  • Mohanaapriya Sinaraja
  • Mohd Akhtar Hj Hamzah
  • Mohd Amin Charlos
  • Mohd Azmie Mohd
  • Mohd Dhihya Sahlan
  • Mohd Shah Musa
  • Nazrie Fahmie
  • Nurul Zamre
  • Nurul Zahira Radzi
  • Olivia Nicholas
  • Otto Othman (bekas penyampai NTV7)
  • Renee Foong
  • Sahee Shamsuddin
  • Shahril Sarapudin
  • Suaran Shah
  • Syairul Islam
  • Syuhaida Ariffin
  • Tahiruddin Hj Sain
  • Vanessa Mering
  • Vimala Kasturi

Bekas Penyampai sunting

  • Adrian Seet (kini bersama TV3)
  • Azizah Ariffin (kini bersama TV AlHijrah)
  • Cynthia Arthur
  • Dr. Jessica Ong
  • Hajah Hazlinda Haji Hamzah
  • Hanim Muhli
  • Haslina Hassan
  • Fathil Hidayat Ghazali
  • Farit Ismeth Emir
  • Mansor Abu Bakar
  • Mazlan Sabli
  • Mohd Taufek Mohd Noh
  • Norafidah Akhbar Khan
  • Norashikin Abdul Rahman
  • Ras Adiba Radzi
  • Rohaya Abdul Rahim
  • Suriani Abdul Rahman
  • Omar Ariff
  • Oscar Too Wen Jye (kini bersama 8TV)
  • Zaini Yuhyi

Jurubahasa Isyarat sunting

  • Calysta Tay
  • Fadhli Tan
  • Hafidah Awaludin
  • Khairunnisa Kho
  • Samuel Chew
  • Syar Meeze Mohd Rashid
  • Tan Bee Lee

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Saluran Berita RTM dilancar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM". Radio Televisyen Malaysia. 25 Jun 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2020). "Saluran berita RTM lebih kompetitif". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  4. ^ "Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'". The Edge Markets. 26 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Jerry Choong (25 Jun 2020). "Saifuddin launches RTM's own 24-hour news channel, aimed at combatting 'fake news'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ "Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM". New Malaysia Times. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ "Saluran berita RTM dilancar, tangani berita palsu". ProjekMM. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ Tahir Alhamzah (26 Jun 2020). "#Showbiz: RTM's brand new news channel to quash fake news". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ "Saluran Berita RTM dilancar, medium tambahan perangi berita palsu". Astro Awani. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar sunting