Saman fitnah Najib Razak dan Ling Liong Sik

Saman fitnah Najib dan Ling Liong Sik berlaku pada 27 Oktober 2015, yang mana Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memfailkan saman terhadap bekas Presiden MCA Ling Liong Sik. Ling merupakan pemimpin BN pertama yang disaman oleh Najib.

Pada 22 Mei 2018, Najib menarik balik saman terhadap Ling berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan.[1]

Ling minta Najib letak jawatan sunting

Pada 3 Oktober 2015, Ling Liong Sik menyambut gesaan bekas ketuanya dalam kabinet, Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri Malaysia Najib Razak meletakkan jawatan. Kata Ling itu, Najib harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.[2]

Saya bersetuju dengan Tun M (supaya Najib letak jawatan), sebab dia (Najib) ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia.

— Ling Liong Sik[2]

Kenyataan Ling itu diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For Allegedly Putting People's Money in His Own Pocket' yang disiarkan The Malay Mail.[3]

Pada 4 Oktober, Setiausaha Agungnya Ong Ka Chuan berkata sebagai negara demokrasi, Ling mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya walaupun jelas parti kaum Cina itu menyokong penuh kepimpinan Najib. Menurutnya walaupun MCA menghormati Ling sebagai bekas pemimpin parti namun kenyataan beliau bukan mewakili parti itu.[4]

Najib mengeluarkan surat peguam sunting

Pada 5 Oktober, Najib mengarahkan peguam beliau supaya menuntut Ling Liong Sik untuk memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa meminta Najib melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.[5]

Pada 7 Oktober, Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Najib selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau kerana didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Perdana Menteri.[6]

Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf.

— Ling Liong Sik

Najib memfailkan saman sunting

Pada 27 Oktober, Najib memfailkan saman terhadap Ling Liong Sik.[7] Menurut sumber dalaman yang dihubungi Astro Awani, Najib telah memfailkan saman fitnah itu melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Dalam notis saman tersebut, Najib memohon untuk saman umum, ganti rugi teruk dan teladan.[8]

Pada 16 Mac 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ling untuk membatalkan saman fitnah dikemukakan Najib.[9]

Najib tarik balik saman sunting

Pada 22 Mei 2018, Najib menarik balik saman terhadap Ling Liong Sik berhubung dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana kerajaan. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Ling Liong Sik selepas kes disebut semula di kamar Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye. Ranjit Singh ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Najib membayar kos sebanyak RM25,000 kepada anak guamnya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman itu.[10][11][12]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Yatim, Hafiz (2018-05-22). "Najib withdraws suit against Ling". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ a b Buang, Shakira (2015-10-03). "Dr Ling juga mahu Najib undur". Malaysiakini.
  3. ^ "MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-03.
  4. ^ "Kenyataan Dr Ling terhadap Najib bersifat peribadi - MCA". www.astroawani.com. 2015-10-04.
  5. ^ "Najib arah peguam tuntut Ling Liong Sik mohon maaf - Portal Berita". www.astroawani.com. 2015-10-06.
  6. ^ ""Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik". www.astroawani.com. 2015-10-07.
  7. ^ "Malaysian PM Najib sues former Cabinet minister Ling Liong Sik for defamation". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-29. ISSN 0585-3923.
  8. ^ "Najib files defamation suit against Dr Ling". www.astroawani.com (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-29.
  9. ^ "Permohonan Tun Dr Ling ditolak". Berita Harian. 2018-03-16.
  10. ^ NAZLINA, BY MAIZATUL (2018-05-22). "Najib withdraws defamation suit against Ling Liong Sik". The Star (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ Bernama (2018-05-22). "Najib drops 1MDB defamation suit against Dr Ling". NST Online (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Yen, Ho Kit (2018-05-22). "Najib withdraws suit against MCA strongman". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris).