Samantha Anne Bee (lahir 25 Oktober 1969)[1][2] ialah seorang pelawak, penulis, penerbit, pengulas politik, pelakon, dan pengacara televisyen Kanada-Amerika. Bee terkenal sebagai koresponden di The Daily Show with Jon Stewart, di mana beliau menjadi koresponden tetap paling lama.[3] Pada tahun 2015, beliau meninggalkan rancangan itu setelah 12 tahun dan mengacarakan rancangan TVnya sendiri, Full Frontal with Samantha Bee. Bee menjadi warganegara Amerika Syarikat pada 2014, yang mana beliau tetap mempertahankan kewarganegaraan Kanadanya. Pada tahun 2017, Time menobatkannya sebagai salah satu dari 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam senarai Time 100 tahunan mereka.

Samantha Bee
Bee pada Disember 2017
Nama lahirSamantha Anne Bee[1]
Kelahiran (1969-10-25) 25 Oktober 1969 (umur 54)
Toronto, Ontario, Kanada
Media
  • Televisyen
  • teater
  • filem
  • buku
Pusat pendidikanUniversiti Ottawa
Tahun aktif2000–kini
PasanganJason Jones (k. 2001)
Anak3
Laman websamanthabee.com
KerakyatanKanada (1969–kini)
Amerika Syarikat (2014–kini)
PekerjaanPelawak, pengacara, pelakon, pengulas politik, penerbit, penulis

Kehidupan awal sunting

Bee dilahirkan di Toronto, Ontario, anak kepada pasangan Debra dan Ronald Bee.[4][5] Ibu bapa Bee berpisah tidak lama setelah kelahirannya, dan beliau awalnya dibesarkan oleh neneknya, yang bekerja sebagai setiausaha di sekolah Katolik di mana beliau bersekolah yang terletak di Roncesvalles Avenue.[6] Bee kemudian melanjutkan pendidikannya ke Humberside Collegiate Institute dan York Memorial Collegiate Institute.[7]

Selepas tamat sekolah menengah, Bee melanjutkan pengajiannya di Universiti McGill, di mana beliau belajar humaniora. Beliau berpindah ke Universiti Ottawa selas tahun pertamanya. Di Universiti Ottawa, Bee menyertai kelas teater di mana beliau menunjukkan minatnya terhadap seni persembahan. Bee kemudian mendaftarkan diri ke Sekolah Teater George Brown di Toronto.[7]

Kerjaya sunting

Bee menghadiri ujibakat untuk peranan lakonan di Toronto sewaktu masih bekerja sebagai pelayan. Pada usia 26 tahun, Bee melakukan jelajah dengan penerbitan pentas Sailor Moon yang mana beliau memegang watak tajuk.[8]

Bee ialah salah seoramg dari empat ahli pengasas kumpulan komedi sketsa yang berpangkalan di Toronto yang bernama The Atomic Fireballs.[9] Semua ahli Fireballs ialah wanita. Kumpulan ini mendemonstrasikan hubungan yang saling menyokong, mencuba untuk menampilkan idea antara satu sama lain sebanyak yang mereka mampu.[10]

2003–2014 sunting

Bee menjadi koresponden The Daily Show bersama Jon Stewart pada 10 Julai 2003.[11] Bee ialah satu-satunya koresponden wanita di The Daily Show sejak penampilan sulungnya pada 2003 hingga Kristen Schaal menyertai rancangan itu pada Mac 2008. Beliau ialah koresponden bukan warganegara Amerika Syarikat pertama di The Daily Show.[12]

Bee mendapat peranan utama pertamanya dalam sebuah filem bebas Kanada pada 2004 yang bertajuk Ham & Cheese. Filem itu ditulisnya bersama suaminya Jason Jones dan dibintangi oleh Scott Thompson dan Dave Foley.[13][14] Beliau memenangi Anugerah Komedi Kanada untuk "Penampilan Wanita yang Lucu" untuk peranannya. Jones menyertai The Daily Show sebagai koresponden pada tahun 2005, dua tahun selepas isterinya.[15] Jones menjadi koresponden terdahulu untuk rancangan itu sementara Bee mengurangkan beban kerjanya sepanjang kehamilannya.[16]

Pada Disember 2005, sewaktu muncul di The O'Reilly Factor, Bill O'Reilly menggunakan klip Bee dari The Daily Show yang berjudul "The War on Christmas". Tangkap layar satira yang menampilkan Bee menyebutkan bagaimana Natal ialah satu-satunya hari cuti keagamaan yang juga merupakan hari cuti persekutuan di Amerika Syarikat. Stewart muncul dalam rancangannya dengan menjemput Bee untuk berbincang.[17] Bee dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Kanada 2005 untuk Penampilan TV Wanita Terbaik untuk persembahannya di The Daily Show.[18]

Pada 20 Januari 2008, Bee berjaya menjadi selebriti dengan skor tertinggi dalam rancangan permainan CBC Test The Nation. Beliau juga memiliki peranan kecil dalam Little Mosque on the Prairie dalam episod bertajuk "Spy Something or Get Out". Bee juga muncul di episod ke-12 Musim 20 Law & Order bertajuk "Blackmail".[19][20] Bee menulis buku berjudul I Know I Am, But What Are You ? yang diterbitkan pada 2010.[21] Beliau menjadi koresponden tetap The Daily Show paling lama setelah melepasi rekod Stephen Colbert pada 2011.[22] Pada tahun yang sama, Bee berkolaborasi dengan rakan lamanya Allana Harkin dalam blog berjudul Eating Over the Sink untuk majalah online Babble.[23] Pada tahun 2014, Bee menjadi panelis di Canada Reads, debat buku kebangsaan tahunan oleh CBC.[9]

2015-kini sunting

Pada Mac 2015, diumumkan bahawa beliau akan meninggalkan The Daily Show, setelah 12 tahun untuk mengacarakan rancangan berita satirnya sendiri di TBS.[24][25] Bee meninggalkan The Daily Show pada 30 April 2015.[26] Rancangan barunya yang bertajuk Full Frontal with Samantha Bee, memulakan tayangan perdananya pada 8 Februari 2016.[27] Menerusi rancangan ini, Bee menjadi wanita pertama yang menjadi pengacara rancangan satira lewat malam.[10] Musim pertama Full Frontal menerima pujian kritis dan pada November 2016, ia diperbaharui untuk musim kedua sepanjang 2017.[28][29][30]

Bee ialah penerbit eksekutif untuk siri komedi TBS The Detour.[31] Setahun setelah Bee mengacarakan Full Frontal, Time menyebut Bee sebagai salah seorang dari 100 orang paling berpengaruh di dunia.[32][33] Pada Julai 2017, kempen Bee dengan nama "Nasty Woman Shirt" mengumpulkan lebih dari $1 juta untuk Planned Parenthood.[34] Pada Januari 2018, TBS memperbaharui Full Frontal untuk musim ketiga dan keempat, yang akan ditayangkan hingga 2020. Kerjasama Bee dengan TBS dilanjutkan hingga 2022.[35]

Dalam sebuah episod Full Frontal yang ditayangkan pada 30 Mei 2018, Bee menyebut Ivanka Trump sebagai "feckless cunt", setelah mengulas mengenai dasar penghijrahan Donald Trump.[36][37] Sehari selepas segmen ditayangkan, Bee memohon maaf dan "sangat menyesali" dengan komen itu.[38] Pelawak Kathy Griffin, Michelle Wolf, Sarah Silverman, dan Jon Stewart membela Bee.[39] Rancangan tersebut menampilkan lebih sedikit iklan pada minggu berikutnya.[40] Bee memula episod itu dengan permintaan maaf kepada setiap wanita yang telah disakitinya dan menyatakan bahawa satu kata buruk telah menjadi fokus dan bukan dasar menahan kanak-kanak pendatang haram yang telah dikritiknya.[41][42]

Pada Disember 2018, ia diumumkan bahawa Bee telah menubuhkan syarikat penerbitan baru yang bernama Swimsuit Competition, yang kemudian menandatangani kerjasama dengan TBS. Syarikat ini akan berfokus pada penceritaan dan membangunkan projek televisyen dokumentari untuk TBS.[43]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2001, Bee berkahwin dengan Jason Jones, yang pertama kali beliau bertemu pada 1996. Mereka tinggal di Manhattan, New York. Pada Januari 2006, beliau melahirkan anak pertamanya, seorang anak perempuan bernama Piper. Beliau kemudian kembali ke The Daily Show pada Mac 2006.[44] Pada 24 Januari 2008, Bee mengumumkan kehamilan kedua secara langsung semasa liputan media tentang kempen presiden 2008.[45] Pada 2008, beliau melahirkan anak kedua mereka, anak lelaki bernama Fletcher.[46] Anak ketiga mereka, seorang anak perempuan bernama Ripley, dilahirkan pada akhir 2010.[47] Sepanjang kehamilan ketiganya, Bee mendedahkan bahawa beliau dan Jones "hanya berkembang biak seperti petani."[48]

Bee memegang kewarganegaraan Kanada dan Amerika Syarikat setelah menjadi warganegara Amerika pada tahun 2014.[49]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Ham & Cheese Beth Goodson
2007 Underdog Pengetua
2008 Coopers' Camera Nancy Cooper
2008 The Love Guru Cinnabon Cashier
2009 Whatever Works Chess Mother
2009 Motherhood Alison Hopper
2010 Date Night Woman in Times Square Tidak dinamakan
2010 Furry Vengeance Principal Baker
2014 Learning to Drive Debbie
2015 Get Squirrely Raitch (suara) aka A.C.O.R.N.S.: Operation Crackdown
2015 Sisters Liz
2018 Elliot the Littlest Reindeer Hazel (suara)

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000 Real Kids, Real Adventures Jiran Episod: "Explosion: The Christopher Wise Story"
2003–2015 The Daily Show with Jon Stewart Dirinya sendiri (koresponden) 332 episod
2003 Jasper, Texas Kathy Filem televisyen
2005 Odd Job Jack Linda Callahan (suara) Episod: "Law and Lawless"
2006 Love Monkey Carol Dulac – Letterman Booker Episod: "The One That Got Away"
2007 Not This But This Pelbagai Penerbit bersama
2007 Little Mosque on the Prairie Nancy Layton Episod: "Spy Something or Get Out"
2007 Rescue Me Real Estate Agent Episod: "Animal"
2007 Two Families Filem televisyen
2009–2011 Bored to Death Renee Dalton 3 episod
2010 Law & Order Vanessa Carville Episod: "Blackmail"
2010 Love Letters Melissa Filem televisyen
2010–2012 Sesame Street Mother Goose 2 episod
2011 Michael: Tuesdays and Thursdays Nancy Slade Episod: "Sweating"
2012 Good God Shandy Sommers 9 episod
2012–2017 Bob's Burgers Pam, Nurse Liz (suara) 4 episod
2013 Bounty Hunters Stacy (suara) 13 episod
2013–2014 Phineas and Ferb Lyla Lolliberry, suara tambahan 2 episod
2013–2017 Creative Galaxy Mom (suara) 22 episod
2014 The Michael J. Fox Show Dr. Young Episod: "Surprise"
2014 Deadbeat Darcy 2 episod
2015 Halal In The Family Wendy Episod: "The Amazing Race"
2015–2016 Game On Geri 25 episod
2016–kini Full Frontal with Samantha Bee Dirinya sendiri (hos) Pencipta, penulis, penerbit eksekutif
2016–2019 The Detour Ibu Nate 2 episod
2017 The History of Comedy Dirinya sendiri 2 episod
2020 BoJack Horseman Dirinya sendiri Episod: "The Horny Unicorn"
2020 Blue's Clues & You! Dirinya sendiri Episod: "Happy Birthday, Blue!"

Peranan lain sunting

Tahun Tajuk Catatan
2016–2019 The Detour Pencipta bersama, penulis, penerbit eksekutif
2020–kini It's Personal with Amy Hoggart Penerbit eksekutif

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Like A Boss. Yes, Really". Dame Magazine. November 16, 2018. Dicapai pada November 20, 2018.
  2. ^ "Samantha Bee". Biography in Context (langganan diperlukan). Dicapai pada February 9, 2016.
  3. ^ "'The Daily Show's' famous alumni". CNN. March 31, 2015. Dicapai pada January 7, 2016.
  4. ^ Bee, Samantha (2010). I know I am, but what are you?. Internet Archive. New York : Gallery Books. ISBN 978-1-4391-4273-8.
  5. ^ "The Not-So-Secret Life Of Samantha Bee". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  6. ^ Morris, Alex; Morris, Alex (2016-06-30). "How Samantha Bee Crashed the Late-Night Boys' Club". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  7. ^ a b "Samantha Bee: A Bee-autiful Life". thestar.com (dalam bahasa Inggeris). 2009-10-10. Dicapai pada 2021-01-04.
  8. ^ Wyatt, Nelson (July 22, 2005). "Daily Show's Bee helps keep Canada in the "news": However, correspondent does not hide her past as Sailor Moon at the CNE". Edmonton Journal. The Canadian Press. (754 words)
  9. ^ a b "Toronto native Samantha Bee has a message for unhappy Americans: 'Canada is full'". thestar.com (dalam bahasa Inggeris). 2016-07-28. Dicapai pada 2021-01-04.
  10. ^ a b "Smirking in the Boys' Room With Samantha Bee". The Cut (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-26. Dicapai pada 2021-01-04.
  11. ^ "Comedy Central Official Site - TV Show Full Episodes & Funny Video Clips". Comedy Central. Dicapai pada 2021-01-04.
  12. ^ jeffrey-felshman (2007-04-26). "An Interview with The Daily Show's Samantha Bee". Cracked.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  13. ^ Eisner, Ken; Eisner, Ken (2004-03-12). "Ham & Cheese". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  14. ^ "The Rise and Rise of Samantha Bee". Vulture (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  15. ^ "Samantha Bee joins the late-night boys' club". cbsnews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  16. ^ Miller, Winter (2005-11-13). "Joking for Two (Published 2005)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-01-04.
  17. ^ "Headlines - Secular Central - The Daily Show with Jon Stewart - 12/7/2005 - Video Clip | Comedy Central". web.archive.org. 2010-11-10. Dicapai pada 2021-01-04.
  18. ^ "Canadian Comedy Awards Festival | Award Winners". web.archive.org. 2016-02-11. Dicapai pada 2021-01-04.
  19. ^ Isherwood, Charles (2009-10-02). "Spandex Agonistes: Why Don't You Try It On? (Published 2009)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-01-05.
  20. ^ "Whatever Works (2009) - Review and/or viewer comments - Christian Spotlight on the Movies - ChristianAnswers.Net". christiananswers.net. Dicapai pada 2021-01-05.
  21. ^ "Hot summer author: Samantha Bee - USATODAY.com". usatoday30.usatoday.com. Dicapai pada 2021-01-05.
  22. ^ "'The Daily Show's' famous alumni". CNN. Dicapai pada 2021-01-05.
  23. ^ "Smirking in the Boys' Room With Samantha Bee". The Cut (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-26. Dicapai pada 2021-01-05.
  24. ^ "Samantha Bee leaves The Daily Show to start her own satirical news program | CBC News". CBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  25. ^ "Samantha Bee's 'Full Frontal' to premiere in January: See first promo". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  26. ^ "Thursday, April 30, 2015". The Daily Show. April 30, 2015.
  27. ^ Poniewozik, James (2016-02-09). "Review: Samantha Bee's Fierce, Fiery Feminism Anchors 'Full Frontal' (Published 2016)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-01-05.
  28. ^ Full Frontal With Samantha Bee: Season 1 (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-01-05
  29. ^ Full Frontal with Samantha Bee, dicapai pada 2021-01-05
  30. ^ "Real or Fake: Extra Special Announcement | Full Frontal with Samantha Bee | TBS - YouTube". www.youtube.com. Dicapai pada 2021-01-05.
  31. ^ Petski, Denise; Petski, Denise (2017-04-25). "Jason Jones & Samantha Bee's 'The Detour' Renewed For Season 3 By TBS". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  32. ^ "Samantha Bee: The World's 100 Most Influential People". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  33. ^ CNN, Sandra Gonzalez. "Samantha Bee is throwing her own nerd prom". CNN. Dicapai pada 2021-01-05.
  34. ^ "'Nasty Woman' (and Emmy Nominee) Samantha Bee Hits $1 Million Goal for Planned Parenthood | Hollywood Reporter". www.hollywoodreporter.com. Dicapai pada 2021-01-05.
  35. ^ "'Full Frontal With Samantha Bee' Renewed for Two More Seasons at TBS | Hollywood Reporter". www.hollywoodreporter.com. Dicapai pada 2021-01-05.
  36. ^ "All of Our Favorite Conservatives Are Pissed About Samantha Bee Calling Ivanka a 'Feckless Cunt'". Jezebel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  37. ^ "Calls for national boycott of TBS after Samantha Bee's Ivanka Trump outburst". Film Industry Network (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-31. Dicapai pada 2021-01-05.
  38. ^ Pallotta, Frank (2018-05-31). "Samantha Bee apologizes for vulgar remark about Ivanka Trump: 'I crossed a line'". CNNMoney. Dicapai pada 2021-01-05.
  39. ^ Bradley, Laura. "Jon Stewart Doesn't Buy the Outrage About Samantha Bee's Ivanka Trump Dig". Vanity Fair (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  40. ^ Hayes, Dade; Hayes, Dade (2018-06-07). "Samantha Bee 'Full Frontal' Apology Sees Many Advertisers Hit Pause". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  41. ^ Moraes, Lisa de; Moraes, Lisa de (2018-06-07). "Samantha Bee Apologizes Defiantly For Last Week's First-Daughter Slur On 'Full Frontal'". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  42. ^ Facebook; Twitter; options, Show more sharing; Facebook; Twitter; LinkedIn; Email; URLCopied!, Copy Link; Print (2018-06-07). "Samantha Bee apologizes and lashes back at her critics on 'Full Frontal' over Ivanka Trump controversy". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  43. ^ Moraes, Lisa de; Moraes, Lisa de (2018-12-03). "Samantha Bee Forms Production Company, Inks First-Look Deal With TBS". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-05.
  44. ^ "Samantha Bee • Biography & Images". TV Newsroom (dalam bahasa Inggeris). 2007-01-15. Dicapai pada 2021-01-04.
  45. ^ "Comedy Central Official Site - TV Show Full Episodes & Funny Video Clips". Comedy Central. Dicapai pada 2021-01-04.
  46. ^ "Samantha Bee Adjusts to Her Party of Five". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.
  47. ^ Lewine, Edward (2010-10-28). "Samantha Bee's Laughing Pad (Published 2010)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-01-04.
  48. ^ "The Spilling Fields - Vietnamese Fisherman - The Daily Show with Jon Stewart (Video Clip)". Comedy Central. Dicapai pada 2021-01-04.
  49. ^ Kreps, Daniel; Kreps, Daniel (2016-10-01). "Samantha Bee on 2016 Election: 'I Want It to Be Over So Badly'". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-04.

Pautan luar sunting