Mejar (B) Samaon bin Ahmad adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Batu Kikir, Bahau, Negeri Sembilan. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 6 Jun 1973 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis.

Mejar (B) Samaon Ahmad
Kelahiran
Samaon Ahmad

Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Mejar
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Pangkat Mejar

Pada 15 Jun 1972 Lt Samaon bersama tiga orang bekas pemberontak komunis yang menyerah diri dan anggota dari Rejimen Komando Angkatan Darat Indonesia ditugaskan untuk melaksanakan misi menghapuskan sekumpulan pemberontak daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) akan mengadakan perjumpaan.

Setelah menjumpai perkhemahan mereka, Lt Samaon membuat perancangan dan memulakan tembakan semburan ke arah ketua pemberontak dan membunuhnya. Pertempuran berlarutan buat beberapa ketika sehinggalah semua pemberontak terkorban. Hasilnya tiga pemberontak berjaya dibunuh dan beberapa senjata seperti submesingan Thompson, stengun dan pistol serta dokumen lain berjaya dirampas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1973.

Beliau telah kembali ke rahmatullah selepas solat magrib jam 2000, Rabu, 10 Dis 2014 di Hospital Jitra Kedah dan dikebumikan di Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Rujukan sunting