Samara Weaving (lahir 23 Februari 1992) merupakan seorang pelakon dan model Australia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan memegang watak sebagai Kirsten Mulroney dalam siri televisyen BBC Australia Out of the Blue dan sebagai Indi Walker dalam siri televisyen Australia Home and Away (2009-2013). Beliau memegang watak dalam filem The Babysitter (2017) terbitan Netflix.

Samara Weaving
Weaving di InStyle Awards 2015
Kelahiran (1992-02-23) 23 Februari 1992 (umur 32)
WarganegaraAustralia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
SaudaraHugo Weaving (bapa saudara)

Latar belakang sunting

Samara Weaving dilahirkan di Adelaide, Australia namun dibesarkan di Singapura, Fiji dan Indonesia.[1] Bapanya, Simon Weaving, merupakan seorang pembikin filem dan pengarah seni di Festival Filem Antarabangsa Canberra. Adik perempuannya, Morgan, merupakan seorang pelakon, dan bapa saudaranya, Hugo Weaving, merupakan seorang pelakon filem dan teater.[1][2] Beliau dan keluarganya berpindah ke Canberra pada 2005 dan bersekolah di Canberra Girls Grammar School.[3] Beliau menjadi ketua kumpulan drama dan melanjutkan pendidikan dramanya di pelbagai sekolah dan penerbitan teater.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Filem Peranan Catatan
2013 Mystery Road Peggy
2016 Bad Girl Chloe
2016 Monster Trucks Brianne
2017 Mayhem Melanie Cross
2017 Three Billboards Outside Ebbing, Missouri Penelope
2017 The Babysitter Bee
2019 Ready or Not Grace
2019 Guns Akimbo Nix
2020 Bill & Ted Face the Music Thea Preston

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Out of the Blue Kirsten Mulroney
2009–2013 Home and Away Indi Walker Musim 22–26
2011 AACTA Awards ke-1 Penyampai
2015–2016 Ash vs Evil Dead Heather 3 episod
2017 SMILF Nelson Rose Peranan utama
2018 Picnic at Hanging Rock Irma Leopold Siri mini

Filem pendek / online sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2009 Sprung Fran Filem pendek
2009 Steps Diri sendiri Video pendek (pengarah dan penulis skrip)
2014 Growing Young Minks Filem pendek
2014 Flex Off 2014 Dirinya sendiri Dokumentari
2015 He Who Has It All Serena Filem pendek
2015 Squirrel Boys Kelly Siri web; 3 episod
2017 Attention Kekasih Muzik video Charlie Puth

Rujukan sunting

  1. ^ a b Fox, Richard (19 August 2012). "Samara settles into a fine career". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 7 June 2017.(langganan diperlukan)
  2. ^ Clune, Richard (22 April 2012). "Summer Bay's new sister act with Samara Weaving and her sister Morgan". The Daily Telegraph. Dicapai pada 8 June 2017.
  3. ^ a b Edwards, Laura (23 January 2013). "Weaving fame from a passionate past". Canberra CityNews. Dicapai pada 8 June 2017.

Pautan luar sunting